KUALA LUMPUR: Akses keluar masuk yang ketat di setiap seksyen antara punca Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, hambar pada hari pertama beroperasi.
Tinjauan Bernama mendapati peniaga Bazar Aidilfitri berkenaan dipecahkan kepada empat seksyen iaitu A, B, C dan D bermula dari kawasan belakang bangunan Kompleks Campbell hingga susur keluar persimpangan Masjid India.
Bagaimanapun, susun atur pintu masuk dan keluar dianggap tidak praktikal antara seksyen selain turut dikelilingi pagar yang menyebabkan pengunjung perlu berjalan jauh untuk ke satu-satu lokasi.
Peniaga pakaian Azman Usman, 26, berkata penggunaan sistem sehala dengan setiap seksyen hanya mempunyai satu pintu masuk dan satu pintu keluar menyukarkan pengunjung untuk ke bazar tersebut.
"Sepatutnya, pintu masuk dan keluar perlu selari dan ada bersama supaya pengunjung tidak perlu berpusing, berjalan jauh atau berpatah balik untuk ke satu-satu seksyen.
"Ada pengunjung yang tidak mahu berjalan jauh, mereka tidak akan masuk ke semua seksyen dan pastinya akan merugikan kami," katanya.
Turut senada, peniaga songkok dan songket Masnurohani Sudirman, 29, yang berharap agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat menyusun semula akses pintu masuk dan keluar bagi memudahkan pengunjung untuk ke setiap seksyen di bazar itu.
"Saya harap DBKL boleh bertolak ansur dengan melihat semula susun atur pintu keluar masuk itu. Mungkin boleh fikirkan cara terbaik buat kami kerana peniaga hanya mengharapkan bazar ini untuk mencari rezeki," katanya.
Bazar Aidilfitri di Lorong TAR dihidupkan semula selepas dua tahun dipindahkan ke Jalan Raja, berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara, namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Setiap seksyen di bazar itu menempatkan dua petugas DBKL di setiap pintu masuk dan keluar bahkan pengunjung juga diwajibkan mendaftar MySejahtera serta mengimbas suhu sebelum diberikan pas yang dihadkan kepada 100 orang dalam satu-satu masa.
Pengunjung Mohd Shahwady Juwal, 35, dari Ampang berpuas hati dengan peraturan yang dibuat dan menyifatkannya sebagai satu langkah terbaik dalam menguruskan jumlah kedatangan orang ramai di satu-satu lokasi.
"Saya berasa selamat untuk membeli-belah cuma saya mahu mencadangkan agar susunan peniaga diasingkan mengikut jenis jualan bagi memudahkan pelanggan mencari barang diperlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 17 2021

Sebanyak 208 khemah dipasang di Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman di ibu kota yang beroperasi sepanjang Ramadan. -Bernama
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Nilai jualan bazar Ramadan, Aidilfitri 2023 catat RM2.5 bilion
Nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini meningkat 5.9 peratus kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.4 bilion yang direkodkan tahun lepas.

Lebih 50 khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut
Lebih 50 khemah jualan bazar Aidilfitri di Padang Serai di sini, musnah selepas dilanda ribut petang tadi.

DBKL buka pagar besi di Bazar Aidilfitri Lorong TAR
DBKL akan menyediakan lima pintu masuk ke bazar berkenaan dengan kawalan penguatkuasaan serta keselamatan.

Pasar malam Lorong TAR dipindahkan sementara mulai 9 April - DBKL
Operasi pasar malam yang beroperasi setiap Sabtu itu akan bermula dari persimpangan Jalan Esfahan sehingga ke persimpangan Jalan Melayu.

Bazar Aidilfitri Lorong TAR beroperasi seperti biasa - Datuk Bandar
Kawalan SOP di tapak bazar berkenaan akan dilonggarkan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.

SOP sambutan Aidilfitri diumum minggu depan - Ismail Sabri
Mereka sedang dalam proses memperhalusi cadangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bazar hanya sehingga 29 Ramadan: Kerajaan Terengganu dirayu pertimbang semula arahan
Perkara itu perlu dipertimbang semula kerana sudah menjadi kelaziman kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan hari raya pada saat akhir.