KUALA LUMPUR: Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), di sini akan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, bagaimanapun pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.
"Namun, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan," katanya pada pemberita selepas melancarkan Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 di Panggung Anniversari, di sini hari ini.
Tahun ini, Bazar Aidilfitri di Lorong TAR mempunyai 216 petak niaga dan bakal beroperasi selama sebulan bermula 1 Ramadan ini.
Mahadi berkata walaupun terdapat kelonggaran SOP, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya berlaku ketidakpatuhan sehingga berlakunya penularan COVID-19 di kawasan tersebut.
"Kalau berlaku pada tahap perlu ditutup, maka kita terpaksa menutupnya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mematuhi SOP dan tidak menjadi kepada penyebaran kluster baharu," katanya.
Beliau berkata, DBKL juga sedang menguruskan permohonan daripada persatuan penjaja yang berhasrat mengadakan Bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.
Sementara itu, Mahadi berkata penganjuran Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 bertujuan menerapkan konsep perpaduan dan persefahaman antara warga kota yang berbilang kaum selain menyahut seruan kerajaan bagi menyediakan aktiviti dan program bersesuaian dengan norma baharu.
"Ia juga dapat mengaktifkan aktiviti pelancongan domestik sekali gus menarik minat penyertaan dalam kalangan warga ibu kota," katanya.
Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 berlangsung dua hari bermula hari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur 2022 dengan pelbagai program dianjurkan antaranya pertandingan KUL Sign Grafiti, Mr Fit Kuala Lumpur, Mini Konsert HWP 2022, e-sukan, kolaj pakaian dan aktiviti keceriaan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022

Walaupun terdapat kelonggaran SOP, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya berlaku ketidakpatuhan sehingga berlakunya penularan COVID-19 di kawasan tersebut. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Nilai jualan bazar Ramadan, Aidilfitri 2023 catat RM2.5 bilion
Nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini meningkat 5.9 peratus kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.4 bilion yang direkodkan tahun lepas.

Lebih 50 khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut
Lebih 50 khemah jualan bazar Aidilfitri di Padang Serai di sini, musnah selepas dilanda ribut petang tadi.

DBKL buka pagar besi di Bazar Aidilfitri Lorong TAR
DBKL akan menyediakan lima pintu masuk ke bazar berkenaan dengan kawalan penguatkuasaan serta keselamatan.

Pasar malam Lorong TAR dipindahkan sementara mulai 9 April - DBKL
Operasi pasar malam yang beroperasi setiap Sabtu itu akan bermula dari persimpangan Jalan Esfahan sehingga ke persimpangan Jalan Melayu.

Bazar Aidilfitri Lorong TAR beroperasi seperti biasa - Datuk Bandar
Kawalan SOP di tapak bazar berkenaan akan dilonggarkan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.

SOP sambutan Aidilfitri diumum minggu depan - Ismail Sabri
Mereka sedang dalam proses memperhalusi cadangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bazar hanya sehingga 29 Ramadan: Kerajaan Terengganu dirayu pertimbang semula arahan
Perkara itu perlu dipertimbang semula kerana sudah menjadi kelaziman kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan hari raya pada saat akhir.