Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan peniaga trak makanan, menjalankan perniagaan di Jalan Raja di sini, bermula esok hingga Selasa depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama wakil trak makanan tersebut hari ini, dan keputusan berkenaan dicapai dengan bayaran deposit dikenakan sebanyak RM3,000 bagi setiap peniaga.
"Tahun ini kita tumpu kepada bazar Ramadan, tetapi kerana mereka (peniaga trak makanan) pun nak berniaga, jadi kita benarkan dan kemungkinan besar betul apa kita sangkakan, Jalan Raja merupakan tempat strategik.
"Mereka harus mengikut syarat kebersihan seperti tidak membuang minyak masak dan sebagainya.
"Kalau didapati mereka buat sedemikian kita akan ambil tindakan, sebab kita nak menjaga kebersihan jalan raya dan orang ramai datang dalam keadaan aman dan bergembira," katanya dalam sidang media bagi mengulas isu peniaga trak makanan yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Raja.
Semalam, beberapa video tular menunjukkan peniaga trak makanan berkumpul di kawasan tersebut dan beberapa penguat kuasa DBKL mengawal keadaan trafik.
Sementara itu, Nor Hisham berkata kos operasi bazar Ramadan di Jalan Raja dianggarkan RM3 juta, dan pihaknya akan menambah baik pelaksanaan bazar di ibu negara pada tahun hadapan.
"Saya berpandangan kalau nak buat trak makanan cara baik adalah pada raya tahun depan, kali ini kita lebih kepada bazar Ramadan...tahun depan kita rancang lebih baik, selepas post mortem dilakukan dan kita bagi peluang kepada semua orang berniaga," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan peniaga tempatan supaya tidak menjual atau menyewakan lesen mereka kepada warga asing.
"Mereka boleh dianggap sebagai pengkhianat negara, kita akan ambil tindakan dengan menarik balik lesen dan menyenarai hitam mereka daripada permohonan semula selepas ini.
"Kita pandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk ambil tindakan," katanya, bahawa hanya gerai peniaga dalam kalangan warga tempatan yang terlibat dengan kebakaran di Jalan Masjid India di sini, dipindahkan ke Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) 3 dan 5.
Pada 21 Mei lepas, 30 gerai di Bazar Masjid India yang menjual pelbagai barang seperti pakaian, tudung, beg dan kasut terbakar pada 1.35 pagi.
Bernama
Thu May 30 2019

DBKL bersetuju membenarkan peniaga trak makanan, menjalankan perniagaan di Jalan Raja di sini, bermula esok hingga Selasa depan. -Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.