Pasar berusia 126 tahun yang sinonim dengan warisan Pulau Pinang, pasar Chowrasta di sini, dibuka semula secara rasmi hari ini selepas menjalani pengubahsuaian untuk menaik taraf pasar itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pengubahsuaian itu akan membantu mewujudkan suasana menarik dan memudahkan penjualan dan pembelian barang di pasar itu.
"Pasar Chowrasta merupakan pasar yang sangat istimewa di Pulau Pinang kerana ia adalah yang terbesar, paling hijau dan diharapkan apabila dinaik taraf, ia akan menjadi pasar terbersih di seluruh negeri," katanya pada majlis pembukaan semula pasar itu di sini.
Lim berkata pasar itu juga merupakan pasar paling mesra alam di Pulau Pinang setelah mendapat penarafan perak di bawah Indeks Bangunan Hijau (GBI) menjadikannya pasar paling hijau di negeri ini.
Difahamkan, kerja-kerja menaik taraf pasar itu bermula pada 2013 bagaimanapun terpaksa ditangguhkan dari 24 Ogos 2015 ke 30 Nov tahun lepas kerana menghadapi banyak masalah semasa proses pengubahsuaian.
Sementara itu, Datuk Bandar Datuk Patahiyah Ismail berkata projek pengubahsuaian pasar itu merupakan sebahagian daripada pelan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menaik taraf pasar dan kedai makan di negeri ini sejak 2009, dengan kos sekitar RM13 juta.
Beliau berkata projek itu dijalankan oleh MBPP dengan mengambil kira pandangan dan permintaan orang ramai menerusi konsep 'Bajet Berasaskan Outcome'.
"Kami berharap setelah dinaik taraf, kami dapat mewujudkan ruang yang selesa dan memenuhi keperluan bukan sahaja vendor dan penjual di sini tetapi juga pengunjung dan pengguna yang datang ke sini setiap hari," katanya.
Pasar itu kini mempunyai 339 gerai yang mana 240 merupakan pasar di bahagian luar, 81 gerai menjual barangan am dan 18 gerai makanan dan minuman.
Ia juga dilengkapi dengan eskalator, lif dan kompleks tempat letak kereta lima tingkat yang menyediakan kira-kira 120 lot parkir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017
Pasar berusia 126 tahun yang sinonim dengan warisan Pulau Pinang, pasar Chowrasta di sini, dibuka semula secara rasmi hari ini. - Gambar Flickr
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
Pasar Chowrasta akhirnya dibuka semula
Pasar berusia 126 tahun yang sinonim dengan warisan Pulau Pinang, pasar Chowrasta di sini, dibuka semula secara rasmi hari ini selepas menjalani pengubahsuaian untuk menaik taraf pasar itu.