KUALA NERUS: Berkongsi pentas yang sama pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi kenangan terindah buat pasangan suami isteri P. Thuban dan M. Hasivini selepas berjaya menamatkan pengajian bersama-sama.
Malah, pasangan suami isteri itu juga melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama iaitu Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Perniagaan di kampus cawangan UMT, Cyberjaya.
Thuban, 32, yang berasal dari Rawang, Selangor berkata kesibukan kerja tidak menghalang mereka untuk terus menimba ilmu demi menjamin masa depan yang lebih baik dalam persekitaran dunia yang semakin mencabar.
Katanya, pelbagai cabaran terpaksa ditempuh sepanjang tempoh dua tahun sebelum beliau yang bekerja sebagai kapten kapal, dan isteri mampu menikmati kejayaan hari ini.
"Boleh dikatakan 80 peratus proses pengajian saya berjalan secara dalam talian di atas kapal kerana jadual kerja saya tiga bulan di laut dan dua bulan di darat. Tambahan pula negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.
"Malah ada peperiksaan yang berlangsung di atas kapal kerana pada masa itu saya terpaksa bertugas belayar di laut," katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen UMT Ke-20 di Dewan Sultan Mizan di sini hari ini.
Menurut beliau, walaupun sebahagian besar masa pembelajarannya berlangsung di atas kapal, tidak timbul masalah besar kecuali liputan rangkaian Internet yang ada kalanya tidak menentu di tengah laut.
Sementara itu, Hasivini, 31, yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat perkapalan swasta di ibu negara berkata antara cabaran yang dihadapi ialah terpaksa membahagikan tugas sebagai isteri, pekerja dan pelajar dengan bijak.
"Saya mula pengajian pada Oktober 2020 dan berkahwin dua bulan selepas itu. Memang satu cabaran besar untuk mengimbangi tiga tugas dalam satu masa, apatah lagi saya baru sahaja merasai alam berumah tangga," katanya yang belum dikurniakan cahaya mata.
Seramai 1,601 orang termasuk graduan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma diraikan dalam majlis konvokesyen yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini.
Upacara perasmian disempurnakan oleh Canselor UMT Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Pada majlis itu, Sultanah Nur Zahirah turut berkenan menyampaikan hadiah Anugerah Pelajaran Diraja kepada dua graduan Ijazah Sarjana Muda iaitu Muhammad Syauqi Jafree dan Hoe Ling atas kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan dan kokurikulum.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022
Berkongsi pentas yang sama pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi kenangan terindah buat pasangan suami isteri P. Thuban dan M. Hasivini selepas berjaya menamatkan pengajian bersama-sama. - Foto BERNAMA
Kemajuan ‘Bandar Singa’, cerita daya tahan kendiri mendepani dunia
Menteri kabinet Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkongsi cerita daya tahan Singapura dalam perjalanan membina negara bandar berkenaan.
Empat sungai di Kedah lepas paras bahaya, satu PPS diaktifkan
PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dibuka jam 2.30 pagi tadi selepas kediaman mangsa dilanda banjir.
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Suami isteri ditahan, dipercayai dera anak berusia 3 tahun
Pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Lima termasuk pasangan suami isteri ditahan samun, pukul pekerja bengkel
Lima individu termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar.
Pasangan kelahiran Rusia ditahan di Australia disyaki mengintip
Sepasang suami isteri warga Australia kelahiran Rusia telah ditahan di Australia atas tuduhan mengintip untuk Rusia, kata Polis Persekutuan Australia (AFP) pada Jumaat, lapor Sputnik.
Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
Penipuan pakej umrah: Polis terima lebih 300 laporan, kerugian RM14 juta
Sebanyak 399 laporan polis diterima berhubung dakwaan penipuan pakej umrah oleh sebuah syarikat pelancongan bermula 1 Jan hingga semalam melibatkan 1,614 jemaah di seluruh negara.
Pasangan suami isteri teruja jadi pengundi pertama
Pasangan suami isteri teruja jadi pengundi pertama
Suami isteri antara 17 ditahan disyaki terbabit sindiket edar dadah
Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan semalam.
Dua individu yang rentung dalam kemalangan kereta disahkan suami isteri
Dua individu yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, pagi tadi disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera parah dalam nahas di LPT2
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik.