JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan sepasang suami isteri dan merampas sejumlah dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM214,300 dalam dua serbuan berasingan di Johor Bahru, antara jam 4 petang hingga 8 malam, pada Khamis lalu.
Lelaki dan perempuan warga tempatan yang berusia 42 dan 36 tahun itu ditahan ketika melakukan kegiatan pengedaran dadah di perkarangan parkir, sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua suspek dipercayai menjadi orang tengah di antara pembekal dan pembeli dalam sindiket pengedaran dadah yang beroperasi sejak Mei lalu itu.
"Modus operandi, suspek menjadi orang tengah kepada pembekal dan pembeli, pembekal dan pembekal dia sebagai penjual menjadi orang tengah dan kita sedang juga menyiasat mengesan pembekal dan siapa yang memberi barang-barang dadah dipasarkan kedua-dua suspek," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Ahad.
Katanya, penahanan terhadap sepasang suami isteri itu turut membawa kepada satu lagi serbuan yang dijalankan di kediaman suspek pada hari sama.
Menurut Kamarul Zaman lagi, hasil serbuan di rumah terbabit berjaya menemukan sejumlah dadah jenis heroin, syabu, ketamin dan serbuk ecstacy yang dianggarkan bernilai RM214,300.
Jelas beliau, dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan oleh kira-kira 73,000 penagih.
Katanya, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 8 September depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Muhammad Aiman Hakeem
Sun Sep 04 2022

Kamarul Zaman menunjukkan dadah jensi heroin, serbuk ecstacy, syabu dan ketamin yang rampas bernilai RM214,287.13 dengan penahan sepasang suami isteri pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. - Foto BERNAMA

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Polis Terengganu rampas dadah lebih RM70 juta tahun lepas
Polis Terengganu berjaya merampas dadah bernilai RM76.42 juta pada tahun lepas, meningkat hampir 25 kali ganda berbanding RM3.1 juta pada 2023.

Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Polis Terengganu rampas dadah bernilai lebih RM7 juta
Polis Terengganu berjaya merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM7.8 juta dalam operasi trafik di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah
Lima sekawan yang aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah ditahan, selain pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta dirampas di Pulau Pinang.

JSJN tumpas 193 sindiket dadah, tahan 612 ahli sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan 193 sindiket dadah dan menahan 612 ahli dalam tempoh Januari hingga September lepas.

Polis rampas dadah bernilai hampir RM900,000 disorok di apartmen
Polis merampas dadah berjumlah RM895,662 di sebuah apartmen di Batu Pahat yang dijadikan stor serta pusat pembungkusan sebelum diedarkan ke seluruh Johor.

Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 107 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering seberat 111,663.51 gram disyaki ganja.

JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah bernilai RM64.9 juta bagi tempoh Mac hingga Mei pada tahun ini.

Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.

JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.