SITUASI di kem pelarian selalu mendapat perhatian dunia, termasuk jumlah bantuan kemanusiaan yang berjaya diterima hasil sumbangan orang ramai.
Namun situasi di kem pelarian di Calais, Perancis dekat di hati pasangan suami isteri dari Malaysia yang membangunkan sistem pengedaran makanan di sana.
Projek itu kini dikenali sebagai 'Kitchen in Calais', bagi memastikan kemudahan dapur dapat disediakan untuk membantu golongan pelarian, khususnya bila musim sejuk tiba.
“Oleh kerana tidak banyak laporan tentang Calais, sumbangan dan bantuan datang begitu lambat.
"Saya tahu terdapat tempat lain yang turut menempatkan pelarian namun mereka di Calais juga perlu makan, tidur and mendapat barang keperluan asas,” kata Sofinee Harun dalam laman web penajaan dana orang ramai GoFundMe.com.
Sofinee memerlukan 50,000 pound (RM291,638.38) dan kini berjaya mengumpul 18,729 pound (RM109,236) hasil sumbangan orang ramai.
Antara lain, wang berkenaan akan digunakan untuk memasang dapur gas dan bekalan tong gas yang mencukupi dalam tempoh panjang.
“Memberi mereka dapur gas dapat membantu mereka untuk masak tanpa masalah. Selain itu, mereka boleh membuat teh panas dan mendidih air untuk membasuh tangan.
“Dari pengalaman saya, saya boleh katakan ia memang susah tanpa peralatan untuk masak atau mendidih air,” katanya lagi.
‘Kitchen in Calais’ bermula pada September 2015 sebagai usaha untuk memberikan bantuan kepada golongan pelarian di Calais.
Pasangan suami isteri ini bermula dengan mendermakan 20 dapur gas dan jumlah itu ditambah hasil bantuan orang ramai.
Bantuan untuk membekalkan tong gas merupakan pelan jangka masa panjang mereka untuk membantu.
Kem pelarian ini menempatkan lebih kurang 2000 orang dari Afghanistan, Syria, Iraq, Eritrea dan Sudan.
Syafique Shuib
Tue May 10 2016
Sofinee memerlukan 50,000 pound (RM291,638.38) dan kini berjaya mengumpul 18,729 pound (RM109,236.07) hasil derma orang ramai. -Gambar: GoFundMe.com
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat pendatang asing kritikal akibat ditembak di Perancis
Empat pendatang asing kini dalam kritikal akibat ditembak selepas satu perbalahan tercetus antara pendatang dari Eritrea dan Afghanistan di bandar Calais, Perancis pada Khamis.
Pasangan suami isteri dari Malaysia bantu golongan pelarian di Perancis
Pasangan suami isteri dari Malaysia mengasaskan projek 'Kitchen in Calais' untuk menyediakan kemudahan dapur di kem pelarian di Calais, Perancis.