SANDAKAN: Sepasang kekasih yang dipercayai sedang menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, akhirnya dapat meniti hari bahagia apabila selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Jumaat.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Wad Ortopedik Lelaki, HDOK itu sendiri.
Menerusi perkongsian Facebook Duchess of Kent, pihak hospital mengucapkan tahniah kepada kedua-dua nempelai tersebut.
"Ucapan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada Encik Alif dan Puan Siti yang telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Wad Ortopedik Lelaki pada hari ini (28.06.2024).
"Majlis akad nikah ini telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan terdekat pasangan mempelai serta kakitangan HDOK.
"Sungguhpun majlis ini berlangsung secara sederhana, namun kebahagiaan pasangan ini boleh dilihat di muka mereka serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir bersama.
"Pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga HDOK mengucapkan selamat pengantin baharu dan semoga proses perawatan pasangan ini dipermudahkan dan semoga cepat sembuh. Tahniah," tulisnya dalam hantaran itu pada petang Jumaat.
Dalam hantaran itu, turut dikongsikan beberapa gambar kenangan saat kedua-duanya diijabkabulkan dan diraikan ahli keluarga masing-masing bersama kakitangan hospital termasuk jururawat.
Tinjauan Sinar Harian pada ruangan komen mendapati ramai yang turut menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.
Malah ada juga yang turut mendoakan pasangan tersebut dipermudahkan urusan mereka selain mendoakan kesembuhan kepada kedua-duanya.
Selain itu, ada pengguna media sosial turut memuji kakitangan yang memudahkan urusan kedua-dua mempelai dan juga pesakit di hospital berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 29 2024

Pasangan yang dinikahkan di Wad Ortopedik Lelaki, HDOK.

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Pasangan pesakit diijab kabul di hospital
Sepasang kekasih yang dipercayai sedang menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, akhirnya dapat meniti hari bahagia apabila selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Jumaat.