Polis berjaya membongkar sindiket makmal memproses dadah dengan merampas syabu bernilai RM2.8 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Bandar Pusat Puchong di sini.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad berkata dalam serbuan Jumaat lepas itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dan teman wanitanya, warga Thailand, 30.
Dalam serbuan kira-kira 6 pagi itu, katanya pasangan kekasih itu sedang memasak bahan-bahan disyaki untuk menghasilkan dadah jenis syabu di bahagian dapur kondominium itu.
"Polis turut menemukan enam butir peluru hidup jenis .38 yang disorokkan dalam sebuah kotak rokok selain merampas bahan-bahan dan peralatan memproses dadah.
"Dalam pada itu, polis turut merampas 25 paket plastik mengandungi kristal syabu seberat 175.1gram dan cecair methamphetamine sebanyak 35,119.9 gram. Jumlah keseluruhan rampasan adalah 35,295 gram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, hari ini.
Razimi berkata kedua-dua suspek dipercayai bergiat aktif sejak lima bulan lepas.
"Lelaki yang ditahan itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kini dia menjadi 'profesional' dalam menghasilkan dadah," katanya.
Katanya, hasil siasatan polis mendapati bahan memproses dadah dipercayai dibawa masuk dari Thailand dan dadah yang dihasilkan itu untuk pasaran luar negara.
Beliau berkata hasil saringan ujian air kencing kedua-dua suspek mendapati positif methamphetamine dan mereka ditahan reman sehingga esok.
Bernama
Wed Jan 28 2015
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad (tengah) menunjukkan peralatan serta bahan rampasan memproses dadah jenis Syabu hasil serbuan di sebuah kondominium di Bandar Pusat Puchong, Jumaat lepas. - Foto Bernama.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.