KUALA LUMPUR: Polis merampas pelbagai dadah seberat 93 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM2.8 juta hasil penahanan tujuh individu termasuk sepasang kekasih yang juga lulusan universiti tempatan dalam dua operasi berasingan di sekitar ibu kota, Selasa lepas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata pasangan berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan dalam Op Grace yang dijalankan bermula 6.50 petang di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini dan menemukan dadah jenis mushroom seberat sekilogram dalam beg dibawa mereka.
Beliau berkata polis kemudian ke sebuah unit kondominium disewa mereka dan menemukan 57 kg dadah jenis mushroom, ganja seberat 17.7 gram dan 23 botol cecair vape mengandungi dadah.
"Suspek dipercayai memproses dadah berkenaan yang dibeli secara dalam talian dari negara jiran dan diproses untuk dijadikan rokok dan cecair vape ekoran penemuan 2.9 kg serbuk pemprosesan dadah, 27.8 liter cecair kimia serta pelbagai peralatan dan mesin untuk tujuan pemprosesan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Yahaya berkata pelanggan di sekitar Lembah Klang mendapatkan bekalan secara terus daripada suspek manakala bekalan untuk luar Lembah Klang akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier.
Beliau berkata pasangan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Diploma Pengurusan Hotel itu negatif ujian saringan dadah namun suspek lelaki mempunyai satu rekod lampau jenayah berkaitan dadah.
Sementara itu, Yahaya berkata polis merampas syabu seberat 34 kg serta menahan empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 28 hingga 60 tahun di sebuah kondominium di Taman Desa di sini menerusi Op Paloma yang dijalankan kira-kira 6 petang hari sama.
Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas dalam kedua-dua operasi berkenaan boleh digunakan 200,000 penagih dan semua suspek yang aktif mengedar dadah di Lembah Klang sejak tiga bulan lepas direman hingga Selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Yahaya berkata pasangan berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan dalam Op Grace yang dijalankan bermula 6.50 petang di sebuah kondominium di Wangsa Maju. - Gambar fail
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
100 anggota bomba tangani kebakaran bumbung di Somerset House London
Kira-kira 100 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Somerset House yang bersejarah London.
Saya lihat ibu peluk adik - Bissan Shaaban
Hanya tangisan mengiringinya.. Hatinya lumat.. Jiwanya hancur..
Itu lah perasaan yang boleh digambarkan oleh Bissan Shaaban pada waktu ini.
Itu lah perasaan yang boleh digambarkan oleh Bissan Shaaban pada waktu ini.
Pilihan Selangor juara hatrik TSSC 2024, kecewakan Pilihan Singapura 2-1
Pilihan Selangor sekali lagi menjulang kejuaraan Piala Sultan Selangor (TSSC) bagi edisi ketiga berturut-turut selepas mengecewakan Pilihan Singapura 2-1.
Kemenangan BN adalah tanggungjawab besar - Ahmad Zahid
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.
KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam
KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), menyuntik semangat warga kementerian untuk terus berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyantuni rakyat berteraskan lapan bidang fokus utama.
PPM rampas 1,000 liter petrol
Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1,000 liter petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran selepas menyerbu sebuah pondok di kawasan bakau di Kampung Tandu, Lahad Datu.
Platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan platform penting untuk menyediakan atlet elit negara beraksi di Sukan Olimpik.
Pupuk semangat patriotisme, bukan sekadar pentas pertandingan
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bukan sekadar satu pentas pertandingan tetapi juga platform memupuk semangat patriotisme dan kebanggaan negara melalui penyertaan pelbagai negeri dan etnik dalam satu platform.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Ogos 2024.
Polis rampas dadah bernilai hampir RM900,000 disorok di apartmen
Polis merampas dadah berjumlah RM895,662 di sebuah apartmen di Batu Pahat yang dijadikan stor serta pusat pembungkusan sebelum diedarkan ke seluruh Johor.
Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 107 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering seberat 111,663.51 gram disyaki ganja.
JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah bernilai RM64.9 juta bagi tempoh Mac hingga Mei pada tahun ini.
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.
Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas
Polis merampas dadah bernilai RM13.5 juta selepas menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Puchong.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak
Polis telah melaksanakan 2,312 tangkapan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak dari Januari hingga 6 Mac lepas.