TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap penduduk di negara ini memasang dan memanfaatkan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang kini ditambah baik ke versi 2.0 sebagai kemudahan kepada masyarakat dalam membantu mencegah jenayah di Malaysia.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata PDRM komited memperluas penggunaan VSP kerana penggunaan aplikasi itu kurang popular.
"Aplikasi ini telah lama diperkenal, manfaatkan ia untuk penyaluran aduan dan maklumat yang dilengkapi elemen multimedia seperti gambar, video serta koordinat GPS lokasi kejadian... kita turut wujudkan butang panik iaitu tindakan segera akan diambil oleh anggota polis yang bertugas di lapangan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan karnival pencegahan jenayah dan melancarkan Conferencing Point Pondok Polis Fajar di sini semalam.
Beliau berkata anggaran masa bagi PDRM sama ada melalui kekuatan unit kereta peronda (MPV) atau rondaan bermotosikal (URB) mengambil tindakan ialah selewat-lewatnya 12 minit selepas menerima laporan atau aduan daripada VSP.
"PDRM mempunyai lebih 3,000 MPV dan 1,800 URB yang bergerak setiap masa untuk membantu menangani masalah jenayah di seluruh negara justeru menerusi platform VSP, kita harapkan masyarakat dapat bersama-sama dengan PDRM membanteras jenayah di negara ini," katanya.
Wan Hassan juga berkata PDRM turut mengalu-alukan kerjasama daripada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan bagi melaksanakan program bersama dalam mencegah jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Polis berharap orang ramai memanfaatkan aplikasi telefon pintar VSP yang kini ditambah baik ke versi 2.0 sebagai kemudahan kepada masyarakat dalam membantu mencegah jenayah. - Foto Kementerian Dalam Negeri
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM
Wan Hassan berkata PDRM komited memperluas penggunaan VSP kerana penggunaan aplikasi itu kurang popular.