PADA 27 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi kedua bagi menyokong kebajikan dan menjamin ekonomi kekal kukuh dalam peperangan menentang wabak COVID-19.
Pakej yang diberi nama "Prihatin' telah memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM 250 bilion dengan suntikan fiskal kerajaan sebenar berjumlah RM 25 bilion, iaitu kurang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Ketika kita melihat kelegaan beberapa pihak tentang pengumuman ini, namun pelaksanaan dan punca kuasa meluluskan peruntukan besar ini harus diteliti dengan lebih telus. Kita tidak seharusnya terlalu pantas dan gopoh dengan pengumuman ini kerana pakej rangsangan ekonomi perlu mendapatkan persetujuan Parlimen untuk dilaksanakan.
Pemimpin seluruh dunia hari ini sedang dan telah membahaskan tentang pakej rangsangan ekonomi bagi menghadapi COVID-19 di Parlimen. Pada 24 Mac 2020, Parlimen Republik Czech telah meluluskan pakej rangsangan ekonomi selepas perdana menteri mereka, Andrej Babis mengumumkan perbelanjaan 100 juta CZK (USD 4 juta) sebagai bantuan terus dan 900 juta CZK (USD 36.4 juta) sebagai jaminan pinjaman kepada syarikat koprat.
Kongres Amerika Syarikat turut membahaskan pakej rangsangan ekonomi presiden Donald Trump sebanyak USD 2 Trilion bagi membantu rakyat yang kini berhadapan dengan kegelisahan ekonomi ketika pandemik COVID-19 kian membimbangkan. Kedua-dua parti Republikan dan Demokrat telah bersetuju meluluskan pakej ini.
Parlimen Singapura telah meluluskan belanjawan tambahan pada 26 mac 2020 bagi menyediakan pakej rangsangan ekonomi berjumlah S$ 48 bilion untuk menyokong kebajikan rakyat dan mengukuhkan ekonomi. Jumlah ini sebanyak sembilan peratus kepada KDNK negara Singapura.
Oleh itu, adalah lebih baik kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil langkah yang sama untuk membentangkan pakej rangsangan ekonomi dalam satu sidang Parlimen khas secepat yang mungkin.
Berdasarkan Perkara 101, perlembagaan persekutuan, segala perbelanjaan tambahan yang diumumkan kerajaan persekutuan hendaklah dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat untuk dimasukkan ke dalam satu Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan.
Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Parlimen mepercepatkan proses meluluskan RUU Perbekalan tambahan kerajaan bagi membolehkan dana dibelanjakan pada waktu kritikal.
Ini bermaksud, kerajaan PN mempunyai tanggungjawab untuk mendapat kelulusan dan sokongan Parlimen sebelum ia dibelanjakan kepada orang awam.
Perbahasan pakej rangsangan ekonomi di Parlimen berdasarkan prinsip semak dan imbang terhadap pengurusan dana kerajaan penting supaya ia tidak disalah gunakan.
Kerajaan PN perlu memberi penjelasan kepada Parlimen tentang segala butiran projek, program dan punca kewangan untuk membelanjakan dana kepada rakyat. Dalam keadaan rakyat sedang gelisah, risiko salah guna dana ini amat tinggi dan membimbangkan.
Contohnya, ketika pakej rangsangan pertama yang diumumkan oleh Muhyuddin Yassin pada 17 Mac 2020 yang lalu, sebanyak RM 2 bilion telah diberikan kepada Projek Kecil Luar bandar. Bagi memastikan pengurusan saluran dana berjalan dengan telus dan terbuka, kerajaan PN harus memberi perincian kepada ahli Parlimen dan rakyat senarai kontraktor yang mendapat manfaat dasar ini agar tidak berlaku ketirisan wang kerajaan.
Meskipun kepantasan dalam pelaksanaan pakej rangsangan menjadi keutamaan, pendekatan pelaksanaan dana perlu diteliti agar ia tidak berlaku kelompongan dan kelewatan perbelanjaan. Parlimen sebagai institusi rakyat dapat memainkan peranan bagi memastikan tujuan asal dana tersebut mencapai objektif yang telah dirancang.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM 7 bilion pada bulan November 2008 bagi menghadapi krisis ekonomi dunia pada tahun tersebut.
Apa yang menjadi persoalan hangat ketika itu ialah kerajaan BN hanya membelanjakan 8% atau RM 560 juta daripada peruntukan RM 7 bilion sehingga Februari 2009.
Belum habis dana ini, kerajaan telah mengumumkan pakej rangsangan kedua sebanyak RM60 bilion pada Mac 2009. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh menteri di hadapan ahli Parlimen dan ia menunjukkan kerajaan tidak komited untuk menyalurkan dana tersebut ketika rakyat memerlukannya dengan cepat.
Selain meluluskan pakej rangsangan, perbahasan khas Parlimen boleh sahaja menjadi institusi untuk mendapatkan informasi terkini wabak COVID-19 dan kelemahan-kelemahan logistik dan kelengkapan kesihatan untuk dibahaskan ahli Parlimen.
Perkara ini telah dilaksanakan kerajaan Singapura yang meneruskan sidang Parlimen pada 25 Mac 2020 untuk memberitahu Parlimen tentang perkembangan terkini perancangan urus tadbir kerajaan dan kesihatan di Singapura menentang COVID-19.
Kewujudan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Bajet dan peranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merupakan institusi Parlimen yang terbaik melakukan pemantauan pelaksanaan pakej rangsangan Prihatin.
Namun, perubahan pentadbiran kerajaan telah menyebabkan kedua-dua badan ini tidak boleh dijalankan kerana ketiadaan pengerusi dan perubahan ahli jawatankuasa. Oleh itu, Dewan Rakyat perlu bersidang untuk meluluskan pakej rangsangan ekonomi ini dengan segera.
International Monetary Fund (IMF) menyatakan krisis COVID-19 ini lebih buruk berbanding krisis kewangan dunia pada tahun 2009. Sebanyak USD 2.5 trilion diperlukan untuk menyelamatkan pasaran dunia. Maka, seluruh dunia perlu berbelanja lebih untuk menyelamatkan rakyat dan ekonomi.
Keadaan ini memerlukan Parlimen bersidang untuk merancang langkah seterusnya dalam memberi jaminan ekonomi kepada rakyat.
Hakikatnya, kebanyakan pemimpin dunia membentangkan pakej rangsangan ekonomi semasa COVID-19 di Parlimen. Tiada sebab untuk kerajaan Malaysia mengenapikan fungsi Parlimen ketika negara memerlukan keputusan bersama dan tepat dalam menentang COVID-19.
Sebagai sebuah negara demokratik, peranan Parlimen perlu dilihat dengan rangka yang lebih besar ketika negara berhadapan dengan musuh yang tidak dapat dilihat tetapi amat berbahaya kepada rakyat.
Parlimen menjadi medan solidariti dan kerjasama mereka yang selama ini berbeza parti untuk duduk dan membincangkan langkah seterusnya untuk negara dan rakyat. Aspek ini lebih diperlukan ketika negara bakal berhadapan dengan kemungkinan gelombang 'Tsunami' ketiga COVID-19, seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan.
* Fakhrurrazi Rashid ialah Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fakhrurrazi Rashid
Sun Mar 29 2020
Penulis berpendapat, kerajaan perlu memberi penjelasan kepada Parlimen tentang segala butiran projek, program dan punca kewangan untuk membelanjakan dana kepada rakyat di bawah pakej Prihatin yang diumumkan baru-baru ini. - Gambar fail
Kerajaan kaji, teliti laporan syarat warga emas perbaharui lesen memandu
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan tidak terburu-buru untuk meletakkan syarat dan akan meneliti dengan lebih lanjut cadangan menetapkan syarat baharu bagi pemandu warga emas.
#AWANInews
#AWANInews
ASEAN Express hubungkan Malaysia-China jadi pengangkutan alternatif
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ASEAN Express akan membuka laluan pengangkutan rel masa hadapan yang berpotensi tinggi untuk dijadikan sebagai pengangkutan alternatif.
#AWANInews
#AWANInews
Hidap kanser prostat, Kieran selesai uruskan wasiat
Selepas disahkan menghidap kanser prostat, bekas penyampai radio, Kieran memberitahu dia kini lega setelah semua urusan wasiat selesai.
Tekanan kerja: Pekerja UK paling tertinggi dalam kalangan negara Eropah
Laporan itu diterbitkan untukCommission for Healthier Working Lives untuk memperbaiki situasi pekerjaan yang diperlukan dalam perundangan baharu.
Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul
Hyundai Motors bersetuju untuk melabur RM2.16 bilion bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid di Kulim, Kedah.
Mengurus risiko dalam aset pelaburan aset alternatif
Ketahui strategi pelaburan aset alternatif seperti Bitcoin, minyak, dan emas dengan memahami risiko dan ganjaran yang terlibat. Artikel ini membincangkan cara mengimbangi portfolio pelaburan anda untuk mencapai diversifikasi yang berkesan tanpa mengorbankan kecairan.
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
PPUW: Program latihan perkasa usahawan veteran ATM
Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pertahanan dan LTAT bagi membina ekosistem yang lebih inklusif serta mampan khusus untuk veteran ATM.
Hubungan diplomatik dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Presiden Republik Korea, Yoon Suk Yeol dalam ucapan pembukaan semasa pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk meluaskan bidang kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan industri masa depan.
Presiden Republik Korea, Yoon Suk Yeol dalam ucapan pembukaan semasa pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk meluaskan bidang kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan industri masa depan.
Malaysia perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia telah bekerja keras untuk membina hubungan antara industri semikonduktor Malaysia dan industri semikonduktor Brazil melalui lawatan kerja Anwar ke negara Amerika Latin itu baru-baru ini.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.