PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata kuasa perundangan persekutuan dan negeri ditentukan Perlembagaan menerusi jadual itu yang telah menggariskan undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen serta Badan Perundangan Negeri.
Menyentuh mengenai 18 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang dicabar oleh dua wanita Islam, beliau berkata prinsip undang-undang adalah mantap bagi menentukan sama ada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri adalah sah dan termasuk dalam batasan kuasa perundangan masing-masing.
Tengku Maimun berkata peruntukan yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri Kelantan adalah perkara yang termasuk dalam senarai persekutuan maka ia tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berkenaan.
"Ujiannya bukanlah dengan membandingkan peruntukan yang dicabar itu dengan peruntukan sedia ada dalam undang-undang Persekutuan untuk menentukan sama ada terdapat ciri-ciri perbezaan pada kedua-duanya," kata beliau.
Tengku Maimun berkata demikian ketika menyampaikan keputusan majoriti 8-1 yang memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Enam belas peruntukan kesalahan itu termasuk memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat, liwat, persetubuhan dengan mayat, hubungan seksual dengan bukan manusia, gangguan seksual, memiliki dokumen palsu atau apa-apa yang memabukkan serta mengurangkan skala, ukuran dan berat.
Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen itu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan serta menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden tunggal.
Mereka mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.
Tengku Maimun berkata selepas meneliti hujahan, mahkamah memutuskan dua lagi seksyen yang dimohon untuk dibatalkan iaitu Seksyen 13 dan Seksyen 30 adalah sah kerana Badan Perundangan Negeri Kelantan mempunyai kuasa untuk membuatnya.
Beliau berkata inti pati Seksyen 13 adalah berkaitan penjagaan dan untuk mengawal pengembangan doktrin serta kepercayaan dalam kalangan penganut agama Islam yang termasuk di bawah Butiran 1 Senarai Negeri.
"Ia juga berkaitan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa negeri-negeri boleh membuat undang-undang bagi tujuan mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganut agama Islam.
"Demikian juga inti pati Seksyen 30 adalah untuk mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganut agama Islam bukannya untuk semata-mata memecah keamanan.
"Justeru, kami membenarkan permohonan pempetisyen untuk suatu deklarasi bahawa Seksyen 11, 14, 16, 17, 31, 34, 36, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 47 dan 48 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat undang-undang berkenaan hal perkara yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya," kata beliau sambil menambah selaras dengan Seksyen 83 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, mahkamah tidak membuat sebarang perintah tentang kos.
Sementara itu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang membuat keputusan bertentangan memutuskan bahawa kedua-dua pempetisyen tidak mempunyai locus standi untuk mencabar kesahihan enakmen tersebut.
Beliau juga berkata faktor ketakutan semata-mata tidak mencukupi untuk mengemukakan cabaran berhubung perkara itu di mahkamah, justeru pempetisyen harus membuktikan bagaimana hak asasi mereka dijejaskan oleh enakmen tersebut.
"Mereka tidak menunjukkan bagaimana peruntukan undang-undang jenayah syariah Kelantan telah mencabuli hak-hak perlembagaan mereka. Adalah penting bagi badan kehakiman untuk memastikan bahawa hanya pempetisyen yang mempunyai locus standi dibenar meneruskan cabaran undang-undang sebegini.
"Jika tidak, ia hanya akan menyebabkan pihak tertentu termasuk 'kaki kepoh' menyalahgunakan proses perundangan," katanya.
Ketika ditemui media, Nik Elin Zurina yang bersyukur dengan keputusan itu mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya yang diketuai Datuk Malik Imtiaz Sarwar.
"Keputusan hari ini tiada kena-mengena dengan doktrin Islam, mahkamah telah memutuskan ia hanya mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
![Parlimen, negeri tidak boleh buat undang-undang melangkaui Perlembagaan - Mahkamah Parlimen, negeri tidak boleh buat undang-undang melangkaui Perlembagaan - Mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707468608_TengkuMaimun.jpg)
Tengku Maimun berkata peruntukan yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri Kelantan adalah perkara yang termasuk dalam senarai persekutuan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![KDN pantau reaksi awam isu Enakmen Syariah Kelantan KDN pantau reaksi awam isu Enakmen Syariah Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707909717_SaifuddinNasution.jpg)
KDN pantau reaksi awam isu Enakmen Syariah Kelantan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemantauan itu antaranya bagi perkara yang berpotensi menyumbang kepada situasi ketidaktenteraman awam.
![Muhyiddin perlu tunjuk tauladan yang baik - MUDA Kelantan Muhyiddin perlu tunjuk tauladan yang baik - MUDA Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707719348_TBMASHUP.jpg)
Muhyiddin perlu tunjuk tauladan yang baik - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menggesa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan tauladan dengan tidak menimbulkan sangkaan tidak baik susulan pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan pada Jumaat lalu
![Jangan politikkan isu pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan- Zahid Jangan politikkan isu pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan- Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707649670_AhmadZahidHamidi.jpg)
Jangan politikkan isu pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan- Zahid
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan Enakmen Syariah Kelantan tidak perlu dipolitikkan.
![Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597632689_DATUKTENGKUMAIMUN.jpg)
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685187051_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 November 2023.
![Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673251392_TanSriTengkuMaimu.jpg)
Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan
Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.