KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan terbuka kepada cadangan untuk memajukan tanah yang terbiar atau belum dibangunkan bagi tujuan mengoptimumkan penggunaan tanah kepada aktiviti yang lebih menguntungkan.
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan, pihak swasta mahupun orang perseorangan boleh memohon untuk membangunkan tanah terbiar menerusi kerajaan negeri atau tanah milik kerajaan melalui Pejabat Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
“Permohonan untuk membangunkan tanah terbiar tersebut di bawah kerajaan negeri sangat dialu-alukan tetapi ia tertakluk kepada pertimbangan pemberian sewaan atau pendudukan tanah.
“Kerajaan negeri bersedia untuk memberi pajakan tersebut dan ini adalah baik untuk menjana ekonomi,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Tanah-tanah yang terbiar dikategorikan sebagai tanah bermilik, tanah kerajaan dan tanah rizab.
Beliau berkata bagi tanah bermilik, hak untuk mengusahakan tanah terbiar terletak kepada tuan tanah, dengan persetujuan bersama pihak yang berminat untuk memajukannya.
“Manakala tanah adat dan tanah rizab Melayu juga dikategorikan sebagai tanah bermilik dan pembangunannya sama ada melalui sewaan atau pajakan, tertakluk kepada perundangan sedia ada,” katanya.
Ikuti perkembangan dan corat-coret sidang Parlimen di sini
Sementara itu, katanya kerajaan Persekutuan juga telah mengadakan beberapa program untuk lepasan graduan seperti projek pertanian bagi tujuan sekuriti makanan dan perniagaan dengan objektif untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan pengeluaran tanaman makanan negara.
“Tanah-tanah tersebut juga dicadang untuk disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan sebagai usaha untuk meningkatkan kawasan pertanian dan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan belia termasuk graduan menjana pendapatan” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021

Mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan, pihak swasta mahupun orang perseorangan boleh memohon untuk membangunkan tanah terbiar menerusi kerajaan negeri atau tanah milik kerajaan melalui Pejabat Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. - Foto JAPEN

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.
META akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Ujian Community Notes di platform META akan dimulakan untuk menggantikan program pemeriksaan fakta pihak ketiga.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.

Kerajaan fokus 91,000 hektar tanah terbiar untuk tanaman padi
Usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Peruntukan lebih RM8 juta bagi pembangunan tanah terbiar di Kelantan tahun ini
Projek itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid
Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi usaha bersama pihak negeri dan agensi kerajaan agar tanah terbiar dapat digunakan untuk memperluas penanaman.

Johor rancang manfaatkan tanah terbiar untuk pertanian
Kerajaan Johor merancang untuk memanfaatkan tanah terbiar milik kerajaan ataupun persendirian di negeri itu agar ia dapat digunakan untuk tujuan pertanian, sekali gus dapat menambah hasil pertanian.

KKDW diminta kenal pasti tanah sesuai untuk penanaman kelapa
Kata Ahmad Zahid, KKDW akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan Tahap Sara Diri yang disasarkan dapat dicapai.

Kerajaan cadang usahakan tanah terbiar untuk pertanian moden - Ahmad Maslan
Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang mencari tanah terbiar di negeri-negeri untuk disewa atau dipajak bagi mewujudkan projek pertanian moden.

Bajet 2023: Manfaat tanah terbiar bantu tingkat sekuriti makanan
Kerajaan akan terus memperkasa sekuriti makanan supaya tidak lagi bergantung kepada bekalan import agar mampu berdaya tahan daripada sebarang kejutan pada masa hadapan.

Melaka beri kebenaran usahakan tanah terbiar untuk tanaman
Pembangunan tanah-tanah terbiar itu dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

Bangunkan tanah terbiar antara usaha jamin sekuriti makanan negara - Ronald
Membangunkan tanah terbiar untuk pertanian adalah antara pendekatan yang akan diambil kerajaan untuk memastikan sekuriti makanan dalam negara terjamin.

Parlimen: Kerajaan terbuka kepada cadangan majukan tanah terbiar
Mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan, pihak swasta mahupun orang perseorangan boleh memohon untuk membangunkan tanah terbiar.