Selesai minggu pertama yang 'panas', Ahli-ahli Parlimen nampaknya lebih fokus pada minggu kedua persidangan Dewan Rakyat dengan tumpuan lebih diberikan kepada perbincangan isu rakyat walaupun tetap berlaku perdebatan hangat dalam sesi perbahasan.
Antara topik tercetusnya perang mulut ialah selepas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said melarang Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh untuk memainkan audio di dalam Dewan yang dikatakannya pernah berlaku beberapa tahun lepas.
Perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang diteruskan Isnin lepas sehingga semalam mencatat seramai 78 Ahli Parlimen daripada blok penyokong kerajaan, pembangkang dan Bebas selesai berbahas.
Cadangan Ahli Parlimen Padang Rengas daripada Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar sistem pilihan raya baharu dipinda dengan pemilihan dibuat berdasarkan parti, bukannya calon bagi menangani masalah lompat parti dan boleh membanteras rasuah turut menarik perhatian.
Turut disentuh pada sidang minggu ini ialah isu pelantikan dan gaji pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kemungkinan pembatalan penjualan aset syarikat TH Plantations Bhd (THP), serta isu Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran yang wajib dimohon bagi sebarang penerbitan filem termasuk di media sosial.
Perkembangan projek Sistem Transit Rapid (RTS) menghubungkan Johor Bahru dan Singapura yang dijadual bermula Januari 2021 dan dijangka beroperasi akhir 2026 juga dimaklumkan dalam Dewan Rakyat.
Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dan RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 turut dibentang buat kali pertama.
Selain itu, kerajaan memberi komitmen pelaksanaan teknologi kelima (5G) komunikasi untuk terus dilaksanakan.
Projek kereta nasional ketiga turut disentuh Ahli Parlimen dengan kerajaan memberi jaminan syarikat bumiputera yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan dan bekerjasama dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia untuk meneruskan usaha itu.
Isu pandemik COVID-19 juga tidak ketinggalan dibangkitkan dengan harga siling pelitup separuh muka pula akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos ini.
Selain itu, kerajaan turut menjelaskan mengenai cadangan penggubalan RUU Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 yang antara lain akan mewujudkan peluang bagi proses pemulihan kalangan individu serta syarikat yang terkesan.
Persidangan kali ini turut menyaksikan isu membabitkan tuntutan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibangkitkan Ahli Parlimen kedua-dua negeri itu, selain isu tuntutan agar Malaysia Timur diberikan satu pertiga daripada 222 jumlah kerusi Parlimen.
Isnin ini, persidangan Dewan Rakyat akan bersambung dengan Ahli Parlimen meneruskan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 23 2020
Sidang Dewan Rakyat kali ini turut menyaksikan isu membabitkan tuntutan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dibangkitkan Ahli Parlimen kedua-dua negeri itu. - Gambar hiasan
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Polis nafi audio tular berlaku kes culik, bunuh, pengambilan organ
Hasil semakan mendapati audio yang ditularkan itu merupakan audio lama yang tidak benar.
Tun Zaki nafi audio tegur Dr Noor Hisham adalah dirinya
Tun Zaki Azmi menegaskan audio seorang individu menegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tular di media sosial bukan dirinya.
Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.
Rakaman audio: Adakan pemilihan parti, sekarang! - Khairy
Penyebaran audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ahli parti berasa kurang selesa.
Audio mirip Zahid-Anwar: Adakah konspirasi peringkat tertinggi, soal Puad Zarkashi
Mohd Puad turut menyatakan skandal merakam perbualan peribadi terutama melibatkan lawan politik ialah "hari hitam" kepada demokrasi di Malaysia.
Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.
Mahkamah terima audio "Can I advise you on something" sebagai bukti
Rakaman audio "Can I advise you on something" diterima untuk menjadi bukti dalam pertuduhan rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.
Parlimen: Cadangan pinda elak lompat parti, isu audio curi tumpuan minggu kedua
Perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang diteruskan Isnin lepas sehingga semalam mencatat seramai 78 Ahli Parlimen selesai berbahas.
Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.
'Saya janji letak jawatan ... tentukan orang baharu dapat majoriti' - Dakwa suara mirip Tun M dalam pendedahan terbaharu rakaman audio
Rakaman tersebut mendedahkan apa yang disebut selama ini oleh Dr Mahathir dan beberapa pimpinan Bersatu bahawa bekas perdana menteri itu meminta agar tidak mendesak beliau memungkiri janji.