KUANTAN: Tindakan kerajaan Pahang melalui Majlis Daerah Rompin untuk melaksanakan sistem parkir berbayar terutamanya di bandar Muadzam Shah dan Rompin pada ketika ini disifatkan tidak sesuai.
Exco Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, di kala ini ekonomi masih tidak stabil, dengan banyak bekalan asas rakyat yang masih kurang penawaran dan harga masih tinggi.
Menurutnya, ibu bapa juga akan berdepan dengan kos perbelanjaan tinggi pada Mac ini bersempena pembukaan baharu sesi persekolahan.
"Kita faham mengapa perkara sebegini berlaku kerana ia merupakan sumber hasil kepada pihak berwajib dan Majlis Daerah Rompin juga sedang dalam usaha menaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Rompin.
"Namun adakah pelaksanaan ini wajar dilakukan sekarang? Dengan bebanan yang sedang rakyat tanggung dan rakyat akan berdepan dengan pembukaan sesi persekolahan baharu pada Mac ini.
"Tindakan sebegini akan membebankan rakyat," katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook.
Beliau turut bertanya kepada pihak bertanggungjawab mengenai fasiliti jalan raya di bandar Muadzam Shah dan Rompin yang semakin teruk.
"Adakah pihak berkenaan sedar perkara ini (fasiliti jalan teruk)? Selesaikan dulu masalah infrastruktur, bagi keselesaan kepada rakyat dan kemudian jika anda mahu melaksanakan parkir berbayar ini, ia lebih munasabah berbanding sekarang dengan kemudahan yang teruk," soal beliau.
Ahmad Azlan menegaskan, pelaksanaan parkir berbayar ini wajar ditangguhkan dahulu sehingga perkara-perkara infrastruktur untuk keselesaan warga Muadzam Shah khususnya dan Rompin amnya selesai dibaiki dan ditambah baik.
Tegasnya, kewajaran penangguhan ini juga melihat daripada sudut rakyat akan berdepan dengan pembukaan sesi persekolahan baharu, awal Ramadan dan Syawal yang bakal disambut.
"Jadi tangguh dulu, fikirkan bebanan rakyat dan selesai dahulu permasalahan kemudahan sebelum ia dikuatkuasakan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 14 2023
Pelaksanaan sistem parkir berbayar terutamanya di bandar Muadzam Shah dan Rompin pada ketika ini disifatkan tidak sesuai. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Azlan)
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Parkir berbayar: Belum waktu sesuai laksanakan
Pelaksanaan parkir berbayar ini wajar ditangguhkan dahulu sehingga perkara-perkara infrastruktur selesai dibaiki dan ditambah baik.