Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini menyebabkan paras air di beberapa empangan utama di Perak menurun, namun belum sampai ke tahap kritikal.
Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberi jaminan kepada penduduk bahawa bekalan air di negeri itu mencukupi.
Beliau berkata paras semasa yang direkodkan juga masih mencukupi bagi menampung kegunaan domestik, industri dan pertanian untuk tempoh yang agak panjang.
Katanya paras air di Empangan Air Kuning, Taiping yang mempunyai tahap kritikal 34 meter telah menurun sebanyak 3.24 meter kepada 39.2 meter setakat Isnin lepas, 14 Mac.
"Simpanan aktif empangan ini adalah 1.27 juta meter padu dan mampu membekalkan air selama 35 hari sekiranya tiada hujan di kawasan tadahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, Zainol Fadzi berkata paras air bagi Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta pula hanya menurun sebanyak 0.3 meter kepada 244.7 meter daripada aras normal 245 meter.
"Peratus simpanan aktif masih lagi pada tahap 100 peratus dan mampu bertahan selama 63 hari sebelum mencecah paras kritikal iaitu 226 meter," katanya.
Tambah Zainol Fadzi setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai masalah ketiadaan air, sebaliknya terdapat peningkatan penggunaan air disebabkan faktor cuaca.
Empangan Air Kuning membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air Kuning bagi kegunaan penduduk sekitar Taiping, manakala Empangan Sultan Azlan Shah membekalkan air kepada penduduk di daerah Kinta dan Kampar dan kedua-duanya diselia oleh Lembaga Air Perak.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak Datuk Ir Abdul Razak Dahlan berkata paras air di Empangan Bukit Merah Kerian juga berada melebihi paras kritikal 6.1 meter.
Katanya sehingga Selasa, 15 Mac paras air semasa di empangan itu adalah 8.41 meter.
JPS bertanggungjawab mentadbir urus Empangan Bukit Merah yang merupakan punca bekalan air pengairan untuk seluruh Rancangan Pengairan Kerian dan mempunyai kawasan tadahan seluas 480 kilometer persegi.
Bernama
Wed Mar 16 2016
![Paras empangan utama di Perak belum kritikal, bekalan air dijamin mencukupi Paras empangan utama di Perak belum kritikal, bekalan air dijamin mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458123984_EmpanganSultanAzla.jpg)
Paras air bagi Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta pula hanya menurun sebanyak 0.3 meter. - Sumber foto: Lembaga Air Perak
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Paras empangan utama di Perak belum kritikal, bekalan air dijamin mencukupi Paras empangan utama di Perak belum kritikal, bekalan air dijamin mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458123984_EmpanganSultanAzla.jpg)
Paras empangan utama di Perak belum kritikal, bekalan air dijamin mencukupi
Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini menyebabkan paras air di beberapa empangan utama di Perak menurun.