Portal Jabatan Parit dan Saliran (JPS) melaporkan bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi bacaan paras bahaya 9.46 meter malam tadi.
Setakat pagi ini tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah Pasir Mas dan Tanah Merah.
Sehingga malam tadi, 58 mangsa banjir melibatkan 15 keluarga ditempatkan di PPS SK Gual Tok Deh, SK Kelewek, Tanah Merah dan Balai Raya Padang Kijang, Tanah Merah.
Paras air Sungai Golok di Tumpat dan Sungai Kelantan di Kuala Krai turut mencatatkan peningkatan dengan bacaan melepasi paras berjaga-jaga.