Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir yang dijangka berlaku esok di daerah Hulu Terengganu dan Setiu.
Situasi itu dijangka berlaku ekoran peningkatan paras air sungai di daerah tersebut bermula 10 malam esok selepas ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang menjangkakan hujan akan berterusan di negeri ini sehingga 7 Nov ini.
Menurut kenyataan itu lagi di daerah Hulu Terengganu, sungai yang dijangka mengalami peningkatan paras air ialah Sungai Telemong dan Sungai Nerus di daerah Setiu.
Susulan itu penduduk di kawasan sekitar kawasan sungai diminta berwaspada dan sentiasa berhubung dengan pusat kawalan operasi banjir yang berhampiran.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, JMM turut memaklumkan sehingga pukul 3 petang tadi beberapa buah sungai di daerah Setiu sudah mencapai paras bahaya, waspada dan amaran berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.
Sungai yang berada di paras bahaya ialah Sungai Chalok, manakala Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Bukit berada di paras waspada dan Sungai Nerus di Kampung Langkap berada di paras amaran.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, atau layari facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.
--BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018
GAMBAR FAIL: Seorang penduduk menyelamatkan keluarganya ke pusat pemindahan dengan sampan setelah rumah mereka dinaiki air di Kampung Kuala Ping, Disember tahun lalu. - BERNAMA
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
microLEAP sedia solusi pembiayaan digital patuh syariah buat PMKS tempatan
microLEAP, sebuah platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) patuh Syariah dan konvensional, muncul sebagai penyelesaian alternatif kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Malaysia.
Polis terima lima laporan 'pelancong' China bekerja di Semporna
Polis menerima lima laporan berkaitan ketidakpuasan hati mengenai warga China yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di Semporna.
Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Sembilan individu berkait GISB disambung reman
Mahkamah benarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap sembilan individu termasuk isteri-isteri kepada pemimpin kanan GISB.
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
AWANI Ringkas: GISB: Penjaga rumah amal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Baling dilanda banjir kilat, tujuh PPS dibuka
Hujan lebat berterusan semalaman menyebabkan tiga daerah di Baling dilanda banjir kilat sekali gus seramai 199 mangsa terpaksa dipindahkan untuk ditempatkan di tujuh PPS
Ambil tahu isyarat amaran banjir, bunyi berbeza dengan polis, bomba - Dr Ching Thoo
Orang ramai perlu cakna dan ambil tahu bunyi siren amaran banjir sebagai langkah kesiapsagaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK
Lebih 300 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England dan Wales pada pagi Rabu manakala 10,000 rumah masih terputus bekalan elektrik.
Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis
JPS mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu dan Pahang bermula 24 hingga 26 Dis ini.
Amaran kemungkinan banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok
JPS mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua jajahan di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Pasir Mas bermula awal pagi esok.
Amaran banjir kilat di Kuala Lumpur, lima negeri
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam
Beberapa kawasan di Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Perak berisiko mengalami banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam
Beberapa kawasan di Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Pulau Pinang berisiko banjir kilat dalam tempoh 24 jam sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.
JPS keluar notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri
JPS hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Pahang.
8 daerah di Perak, Selangor berisiko banjir, ini senarai kawasan terlibat
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di lapan daerah di Perak dan Selangor.
10 negeri termasuk KL, Johor berisiko banjir kilat, ini senarai kawasan terlibat - JPS
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.