KUALA LUMPUR: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di lapan daerah di Perak dan Selangor.
Di Perak, kawasan berisiko terjejas ialah Daerah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat serta kawasan sekitarnya), Daerah Hilir Perak (Changkat Jong serta kawasan sekitarnya), dan Daerah Perak Tengah (Pasir Salak, Pasir Panjang Hulu, serta kawasan sekitarnya).
Di Selangor melibatkan Daerah Klang (Pekan Kapar dan kawasan sekitarnya), Daerah Hulu Langat (Hulu Langat dan kawasan sekitarnya), Daerah Kuala Langat (Pekan Jenjarom, Kelanang dan kawasan sekitarnya), Daerah Kuala Selangor (Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya) serta Daerah Petaling (Petaling, Pekan Serdang serta kawasan sekitarnya).
Notis yang dikeluarkan pada jam 5 petang tadi itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS bahawa terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Sementara itu, MetMalaysia, dalam kenyataan berasingan, turut mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bermula hari ini hingga Ahad ini bagi kawasan pantai timur dan utara Semenanjung.
Berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timuran kencang dijangka bertumpu di kawasan terbabit dan keadaan itu berpotensi menghasilkan hujan berterusan.
Sehubungan itu, MET Malaysia mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang berkuat kuasa sehingga Sabtu ini.
Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan https://publicinforbanjir.water.gov.my atau semua media sosial rasmi jabatan terlibat bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022
Terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK
Lebih 300 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England dan Wales pada pagi Rabu manakala 10,000 rumah masih terputus bekalan elektrik.
Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis
JPS mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu dan Pahang bermula 24 hingga 26 Dis ini.
Amaran kemungkinan banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok
JPS mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua jajahan di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Pasir Mas bermula awal pagi esok.
Amaran banjir kilat di Kuala Lumpur, lima negeri
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam
Beberapa kawasan di Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Perak berisiko mengalami banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam
Beberapa kawasan di Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Pulau Pinang berisiko banjir kilat dalam tempoh 24 jam sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.
JPS keluar notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri
JPS hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Pahang.
8 daerah di Perak, Selangor berisiko banjir, ini senarai kawasan terlibat
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di lapan daerah di Perak dan Selangor.
10 negeri termasuk KL, Johor berisiko banjir kilat, ini senarai kawasan terlibat - JPS
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Kemungkinan banjir kilat di Johor, Pahang, Terengganu, Sabah
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi empat negeri melibatkan Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah.