BUKIT MERTAJAM: Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, di sini baru-baru ini dirujuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata, kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk diteliti sebelum tindakan seterusnya dibuat.
"Kertas siasatan kes itu telah siap dan ia dirujuk kepada USJT Bukit Aman untuk diperhalusi dan diteliti, selepas semuanya selesai, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat pendakwaan bagi tindakan lanjut.
"Setakat ini seramai 10 orang telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan termasuk Menteri Besar Kedah, penjual kereta dan pemilik pusat jualan kereta serta pengadu dan suaminya, polis juga telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP
BACA: Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat
Katanya siasatan kes itu dijalankan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi, memandu uji sebuah kereta pada Sabtu lepas, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.
Sementara itu, dalam perkembangan lain di Tasek Gelugor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menahan seorang pemilik kilang proses ayam berusia 40 tahun bagi membantu siasatan, berhubung kejadian membakar motosikal milik seorang pekerjanya di kilangnya di Tasek Gelugor, semalam.
Katanya lelaki itu ditahan pukul 1 petang semalam, selepas polis menerima laporan dari pekerjanya berusia 35 tahun pada jam 9.30 pagi hari sama, yang mendapati motosikalnya yang diletakkan di tempat kerjanya telah terbakar pada 6 petang, Selasa.
"Lelaki itu mendapati motosikalnya terbakar sehingga tinggal kerangka sahaja. Dia mengesyaki ia perbuatan majikannya, kerana sehari sebelum kejadian berlaku perselisihan faham antara mereka berdua," katanya.
Katanya susulan penahanan lelaki itu, polis merampas beberapa barangan antaranya sebuah telefon bimbit, cebisan kain yang terdapat kesan terbakar, satu pemetik api dan sekeping nombor plat motosikal yang terbakar dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021
Kertas siasatan kes terhadap Sanusi itu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk diteliti sebelum tindakan seterusnya dibuat. - Gambar fail
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.
The Greater Kedah berbeza dibandingkan negeri lain - Sanusi
The Greater Kedah adalah berbeza jika dibandingkan dengan The Greater Lembah Klang atau The Greater Penang yang telah lama dilaksanakan.
Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.
Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah
Projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.