TAIPING: Jabatan Muzium Malaysia menerusi Muzium Perak di sini menganjurkan Pameran Sundang: Seni dan Kuasa selama kira-kira enam bulan bermula 24 Jun sehingga 31 Dis depan.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud berkata pameran dengan kerjasama Yayasan Al-Amin mempamerkan persenjataan Sundang yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Sulawesi bertujuan memartabatkan seni budaya dan warisan sejarah di negara ini.
Sundang merupakan identiti bangsa Melayu Nusantara yang digunakan sebagai senjata para pahlawan untuk menentang musuh atau berperang serta diguna pakai untuk kegunaan pelbagai lapisan masyarakat sama ada di istana sebagai alat kebesaran diraja, pahlawan atau orang biasa.
"Pameran Sundang yang julung kali diadakan di negara ini menggalakkan orang ramai serta peminat senjata tradisional untuk berkunjung ke Muzium Perak dan saya percaya ramai, terutama generasi muda tidak tahu mengenai Sundang yang merupakan senjata tradisional masyarakat Melayu dalam mencerminkan kearifan masyarakat tempatan.
"Keunikan sundang ini bukan pada cirinya sahaja tetapi pada komposisi bilah yang dihasilkan dari pelbagai jenis besi," katanya pada ucapan perasmian Pameran Sundang: Seni dan Kuasa di sini semalam.
Mohamad Sobri berkata Kementerian Perpaduan Negara sentiasa menyokong dan menggalakkan Jabatan Muzium Malaysia melaksanakan program dan aktiviti yang menyatupadukan masyarakat melalui penghayatan sejarah, seni dan budaya.
Beliau berkata Jabatan Muzium Malaysia boleh menyumbang kepada pembangunan sosial yang berterusan, khususnya dalam mengangkat dan memartabatkan seni budaya dan warisan sejarah sesuatu bangsa di negara ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Kamarul Baharin A. Kassim dalam ucapannya berkata statistik kunjungan pelawat sejak pameran Sundang diadakan telah mencatat hampir 10,000 orang setakat ini.
Pada majlis itu, pengumpul Sundang terbanyak di negara ini Muhamad Abdullah yang mengumpul sebanyak 211 bilah Sundang menerima sijil pengiktirafan daripada wakil Malaysia Book of Records, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi.
Muhammad ketika ditemui pemberita berkata antara koleksi Sundang yang dikumpulnya sejak empat tahun lalu ialah lima bilah Sundang kepunyaan pahlawan Melayu antaranya Tok Gajah dan Mat Kilau.
"Saya juga merantau ke Indonesia antaranya Sumatera, Sulawesi, Kalimantan dan Pontianak untuk mengumpul beberapa koleksi Sundang," katanya.
Mohamad berkata koleksi Sundang yang dipamerkan di Muzium Perak dianggarkan mencapai usia bermula hujung kurun ke-15 dengan keseluruhan Sundang merupakan bahan antik warisan Melayu dan kepulauan Melayu 'Malay Archipelago' meliputi Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Tanah Melayu termasuk Selatan Filipina.
Tambah beliau, sebanyak 193 bilah Sundang koleksinya dipamerkan di galeri utama Muzium Perak, manakala 18 bilah Sundang lagi akan dipamerkan secara bergilir-gilir sepanjang pameran itu diadakan sehingga 31 Dis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024

Mohamad Sobri (dua, kiri) memegang sundang ketika melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Semarak@Muzium Perak: Sundang Seni dan Kuasa di Muzium Perak di Taiping, semalam. --fotoBERNAMA
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Pameran Sundang: Seni dan Kuasa di Muzium Perak papar kehebatan senjata warisan Melayu
Sundang merupakan identiti bangsa Melayu Nusantara yang digunakan sebagai senjata para pahlawan untuk menentang musuh atau berperang.

Hari Kebangsaan: Rasai kehidupan mangsa Perang Dunia Kedua menerusi VR
Kalau mahu dalami sejarah negara, kunjungi Muzium Perak di Taiping yang mengadakan pameran 'Malaysia Era Perang Dunia Kedua.'

Revolusi alat timbang dan sukat di Muzium Perak
Melihat Pameran Alat Timbang, Sukat Tradisional yang dipamerkan di Muzium Perak mengingatkan penulis kepada satu babak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.