KUALA LUMPUR: Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei depan bakal menerima penyertaan lebih 1,200 syarikat daripada 45 negara, terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak 36 tahun lepas.
Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman berkata sehingga kini 30 negara mengesahkan penyertaan dalam pameran dwitahunan itu termasuk Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.
"Secara keseluruhan Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 akan mencatat penyertaan lebih 1,200 syarikat dari 45 negara dengan memberi fokus kepada pembangunan industri tempatan dan kerjasama antarabangsa.
"Penyertaan pempamer untuk tahun ini telah melepasi rekod Pameran DSA dan NATSEC Asia 2022 dan kami menyasarkan ia melebihi 25 peratus berbanding edisi sebelum ini. Edisi kali ini juga akan menonjolkan pelbagai strategi baharu dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa," katanya kepada Bernama.
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 edisi ke-18 dijadual berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Pada edisi ke-17, sebanyak 380 delegasi kenamaan daripada 40 negara serta 35,567 pelawat perdagangan menghadiri DSA dan NATSEC ASIA 2022 dengan penyertaan kira-kira 1,000 syarikat daripada negara pengeluar industri pertahanan utama dunia.
Nadzeem berkata Turkiye sekali lagi muncul sebagai kontinjen terbesar pada Pameran DSA dan NATSEC 2024 dengan hampir 70 syarikat daripada negara Mediterranean itu telah mengesahkan penyertaan termasuk Aselsan, Canik, Dearsan Shipyard dan Turkish Aerospace Industries.
"Mereka akan mempamerkan teknologi seperti sistem elektronik, simulator, sistem senjata dan peluru, sistem marin, platform penerbangan, sistem tanpa pemandu, sistem peluru berpandu dan platform kenderaan berperisai serta pelbagai lagi teknologi canggih," katanya.
Beliau berkata edisi kali ini juga menyaksikan peningkatan penyertaan syarikat dari negara-negara seperti China, UAE, Itali dan Amerika Syarikat.
Nadzeem berkata penyertaan syarikat tempatan pula termasuk DEFTECH, Advanced Defence System, OpenApps, MILDEF, Sapura, Malvus Sense, Weststar Group, Nadi Corp, SME Ordnance, System Consultancy Services dan Mindmatics.
"Mereka akan menampilkan kepakaran dalam bidang pembuatan, pembekalan, integrasi serta inovasi teknologi sistem pertahanan dan keselamatan yang meliputi kenderaan berperisai; platform persenjataan; Network Centric Operation (NCO); peluru; dron; pesawat tanpa pemandu (UAV); penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO); sistem radar dan komunikasi taktikal," katanya.
Beliau berkata DSA dan NATSEC Asia 2024 dengan tema 'Membina Ketahanan Negara untuk Generasi Masa Hadapan' turut membincangkan isu kritikal semasa dan mencadangkan formulasi terbaik yang dapat menjamin kestabilan bagi generasi masa depan.
"Aspek pertahanan dan keselamatan perlu dilihat sebagai satu pelaburan kerana negara yang melabur secara strategik akan menghasilkan sebuah negara berkredibiliti dalam menjaga kedaulatannya bagi memastikan rakyat hidup aman dan menikmati kemakmuran ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024

Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 edisi ke-18 dijadual berlangsung di MITEC. - Foto fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.

Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.

Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Malaysia tidak campur urusan perniagaan syarikat pertahanan - MINDEF
Sebagai sebuah negara perdagangan bebas, Malaysia beri ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.

DSA dan NATSEC Asia 2024 diunjur jana limpahan ekonomi berjumlah RM700 juta
1,324 syarikat dari 60 negara menyertai DSA dan NATSEC Asia 2024 mulai 6 hingga 9 Mei, meliputi keluasan 48,000 meter persegi ruang pameran.

Tawaran jet pejuang KAAN Turki untuk tingkat pertahanan udara Malaysia
Turki sedia bekerjasama dengan Malaysia dalam projek pertahanan untuk kepentingan kedua-dua negara dan bersedia menawarkan jet pejuang generasi kelimanya, 'KAAN.'

Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.

DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.

DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.

DSA, NATSEC Asia 2024 perkukuh diplomasi pertahanan, elak konflik
DSA dan NATSEC Asia telah memainkan peranan yang penting dalam memupuk diplomasi pertahanan antara negara serantau.