KOTA BHARU: Kemalangan yang melibatkan 13 pelajar Orang Asli dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya di sini Khamis lepas, disebabkan oleh pam brek kenderaan pacuan empat roda yang membawa mereka telah pecah.
Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam kenyataan memaklumkan hal itu menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbalik di Bukit Setol, laluan ke Pos Simpor di sini.
"Tindakan pantas pelajar yang melompat keluar dari kenderaan sebelum ia terbalik telah menyelamatkan mereka daripada kecederaan serius.
"Semua pelajar telah menerima rawatan perubatan di Klinik Kesihatan Kuala Betis untuk pemeriksaan lanjut," menurut kenyataan itu hari ini.
JAKOA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan segera kepada pelajar yang terlibat.
Dalam kejadian pada 1.37 tengah hari itu, sekumpulan pelajar Orang Asli SMK Panggung Jaya berhadapan detik cemas selepas kenderaan dinaiki terbalik di kawasan hutan ketika dalam perjalanan pulang dari asrama menuju ke Pos Simpor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Kemalangan yang melibatkan 13 pelajar Orang Asli dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, Khamis lepas, disebabkan oleh pam brek kenderaan pacuan empat roda yang membawa mereka telah pecah. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pam brek pecah punca kenderaan dinaiki pelajar Orang Asli terlibat kemalangan
Hal itu menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbalik di Bukit Setol, laluan ke Pos Simpor.