Kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam harus dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses.
Ini adalah pendapat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang berkata
langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di India, iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah matahari untuk dijadikan kelapa kering.
Menurut laporan Bernama, Palanivel mempersoalkan mengapa perkara itu tidak diamalkan sekarang.
"Tetapi ia tidak lagi diamalkan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak pelupusan.
"Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan agar ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam," katanya.
Sementara itu, RapidKL akan menyediakan perkhidmatan bas tambahan ke Batu Caves bagi memastikan keselesaan penumpang yang berkunjung ke lokasi itu sempena perayaan Thaipusam, Jumaat ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zohari Sulaima, dalam satu kenyataan media berkata perkhidmatan itu melibatkan bas daripada hab bas bandar Pasar Seni, Sentul Pasar dan Stesen LRT Gombak.
"Kami menyediakan perkhidmatan antara pukul 9 pagi Khamis hingga 9 malam Sabtu ini. Bagaimanapun perhidmatan ditangguhkan antara 12 tengah malam hingga 5 pagi pada Jumaat dan Sabtu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 12 buah bas disediakan untuk laluan Pasar Seni ke Batu Caves melalui Lebuh Ampang dan Jalan Ipoh dengan kekerapan perjalanan dijadual setiap 10 minit.
Zohari berkata sebanyak empat bas disediakan untuk laluan antara Sentul Pasar ke Batu Caves dengan kerapan perjalanan setiap 15 minit manakala tiga bas bagi laluan antara Stesen LRT Gombak ke Batu Caves dengan kekerapan perjalanan setiap 30 minit.
T K Letchumy Tamboo
Tue Jan 14 2014

Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mesyuarat CWC MIC: T. Mohan buat laporan polis, dakwa tidak sah
Bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T. Mohan telah membuat satu laporan polis berkenan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) lantikan 2009 yang dijadual diadakan pukul lima petang nanti.

MIC bercadang adakan pemilihan semula - Palanivel
MIC bercadang mengadakan pemilihan semula jawatan dari peringkat cawangan hingga presiden sebelum akhir tahun ini.

"Kenapa Palanivel mahu ambil tindakan undang-undang terhadap RoS?"
Beberapa ahli MIC tertanya-tanya motif sebenar Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mahu mengambil tindakan undang undang terhadap RoS.

Palanivel umum ahli CWC Sementara bagi urus pemilihan semula MIC
RoS telah mengarahkan ahli CWC yang dipilih bagi penggal 2009-2012 akan memegang jawatan sebagai ahli CWC Sementara.

Keputusan adakan pemilihan semula tepat - MIC Kedah
MIC Kedah mahu semua pihak memberi sokongan penuh kepada siapa saja muka baharu yang akan menerajui kepimpinan MIC.

Palanivel tiada kuasa adakan pemilihan baru, kata Saravanan
Datuk Seri G.Palanivel tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan satu pilihan raya baru parti itu, kata Naib Presiden Datuk M.Saravanan.

Sukar laksanakan penempatan semula, penduduk enggan pindah - Palanivel
Walaupun penempatan baru boleh diwujudkan, namun kedegilan penduduk untuk berpindah menjadi masalah kepada usaha penyelesaian.

Masyarakat Hindu sambut Deepavali dalam suasana meriah
Rakyat Malaysia beragama Hindu hari ini menyambut Deepavali dalam suasana meriah dengan mengadakan acara keagamaan dan majlis rumah terbuka.

Indonesia-Malaysia bakal meterai perjanjian atasi jerebu
Satu perjanjian dua hala akan ditandatangani Indonesia dan Malaysia dalam usaha mengatasi masalah jerebu yang berlarutan setiap tahun.

Negara bersedia terima kehadiran Fu Wa dan Feng Yi
Kehadiran panda gergasi itu bakal membuka peluang negara dalam pembangunan dan penyelidikan konservasi haiwan tersebut.