Pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek kerajaan berjaya mengurangkan impak pandemik COVID-19 dan membuka jalan ke arah pemulihan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata Malaysia beruntung kerana mempunyai ekonomi yang sangat pelbagai dan tidak bergantung hanya kepada satu atau dua sektor.
"Dari segi penggubalan dasar, terdapat banyak penyelarasan antara agensi ekonomi utama yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi penstriman langsung di laman Facebooknya semasa mengulas mengenai laporan World Bank Malaysia Economic Monitor bagi Jun 2020.
Laporan yang dikeluarkan pada Khamis dengan topik khusus bertajuk 'Surviving the Storm" dalam mendepani cabaran akibat daripada COVID-19 dan krisis ekonomi.
"Kita menyambut baik dapatan dan cadangan daripada laporan Bank Dunia itu kerana ia menyediakan analisis yang kukuh dan meyakinkan mengenai cabaran ekonomi semasa dan akan membantu memaklumkan usaha kita untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca COVID-19," kata Mustapa.
Mengenai tindak balas dasar, beliau berkata Malaysia bertindak sangat pantas.
"Dengan pelaksanaan pakej-pakej rangsangan ini, kita dapat mengurangkan impak COVID-19," katanya.
"Pertamanya kita dapat menyediakan makanan untuk rakyat, tiada keluarga yang tidak dapat mengakses kepada makanan.
"Kesihatan menjadi keutamaan kita sejak hari pertama, kita amat efektif dalam membendung wabak ini, dan beruntung kerana mempunyai ekonomi yang pelbagai, selain sektor pembuatan dan perkhidmatan yang pesat, yang sentiasa kukuh, (sementara) pertanian pula selepas ini, manakala perlombongan dan pembinaan juga bergerak dengan baik," katanya.
Kerajaan melaksanakan sejumlah inisiatif berikutan impak COVID-19 ke atas ekonomi menerusi dua pusingan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat iaitu seperti yang diumumkan pada Februari dan Mac lepas, serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara.
Mengenai cabaran dalam melaksanakan pakej rangsangan, Mustapa berkata Kementerian Kewangan menerusi Unit Pelaksanaan Dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), sentiasa memantau perkembangan semua sektor.
"Jadi dari segi mekanisme platform, ia telah ditetapkan, untuk memastikan bantuan sampai kepada sasaran, itulah cabaran besar," katanya.
Beliau berkata kerajaan telah menyediakan banyak bantuan tunai untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), contohnya dalam bentuk geran bernilai RM3,000 kepada perusahaan mikro bagi memulakan semula perniagaan mereka.
Cabaran lain termasuk, untuk memastikan semua bantuan sampai kepada kumpulan sasar serta data yang tidak lengkap, katanya.
Beliau berkata penting untuk mempunyai data yang lengkap, justeru, pangkalan data semasa kerajaan berkaitan kemiskinan dan kemiskinan tegar akan disemak semula.
Selain itu, katanya, dianggarkan empat juta orang terbabit dalam sektor tidak rasmi namun tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan.
"Bagi kemajuan masa depan, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di lapangan... kita ada banyak usaha libat urus dan inilah ciri utamanya.
"Dari aspek fisikal, pelan itu secara amnya dapat dilihat daripada dua perspektif. Pertama adalah strategi bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang - kita memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama pada Oktober 2019 dengan tiga objektif utama dan mahukan rakyat Malaysia menikmati tahap kehidupan yang memuaskan.
"Kedua, kita mahu merapatkan jurang - pembangunan untuk semua dan akhirnya kita mahu mencapai sebuah negara yang bersatu dan berjaya.
"(Namun) pada masa sama, kebanyakan rakyat negara ini tidak mempunyai perlindungan sosial sebagaimana dibuktikan pandemik ini yang memberi cabaran ketika ramai, terutamanya mereka dalam sektor tidak rasmi -- nelayan, petani, dan penjaja. Mereka ini merupakan kelompok yang besar dan bilangannya akan terus meningkat di masa depan," katanya.
Menurut Mustapa, terdapat peningkatan dalam ekonomi gig, (perkhidmatan) e-panggilan dan mereka yang terbabit dalam perniagaan makanan.
Justeru, jelas beliau, matlamat perlindungan sosial itu adalah bagi meningkatkan penyertaan rakyat tempatan yang menyumbang kepada pelbagai skim termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Malah, katanya, cabaran terbesar adalah membabitkan 50 peratus daripada rakyat yang tidak membuat sebarang caruman kepada KWSP.
Sehubungan itu, Mustapa menyifatkan aspek penyelarasan sebagai amat penting kerana dasar-dasar itu perlu menyokong usaha pemulihan COVID-19 serta pembangunan sistem perlindungan sosial yang dipertingkatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
![Pakej rangsangan Malaysia bantu kurangkan impak COVID-19 - Mustapa Pakej rangsangan Malaysia bantu kurangkan impak COVID-19 - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41593095201_DatukSeriMustapaM.jpg)
Mustapa berkata, Malaysia beruntung kerana mempunyai ekonomi yang sangat pelbagai. -Bernama
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata ia telah mencetuskan projek transformasi yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi.
![BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719901027_AnwarIbrahim.jpg)
BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar
Malaysia tidak harus terikat dengan satu blok sahaja sedangkan ada blok baharu yang meningkat naik, tidak lagi bergantung kepada kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
![Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689157846_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
![Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692252114_jermanflag.jpg)
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716803691_AhmadZahidHamidi.jpg)
Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi
Ahmad Zahid menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc dalam penstrukturan semula MAHB bersifat peribadi.
![WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719197623_WEFChina.jpg)
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
![[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau' [KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719028574_tbKualaLumpurGener.jpg)
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.