KUALA LUMPUR:Pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan adalah bersifat inklusif dengan tujuan utama meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dalam menangani krisis COVID-19, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abd Rahim Bakri.
Kesemua pakej rangsangan ekonomi juga bertujuan meringankan beban rakyat, membantu perniagaan serta memulihkan ekonomi negara, katanya.
Beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah segera dan proaktif dengan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) yang kesemuanya bernilai RM305 bilion.
"Pelaksanaan pakej-pakej rangsangan ekonomi ini dijangka menyumbang sekitar empat mata peratusan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) mengenai kaedah pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi domestik yang inklusif bagi membantu negara menangani suasana ekonomi yang mencabar sepanjang 2020.
Abd Rahim berkata antara kaedah dan inisiatif pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi sejak awal pandemik COVID-19 adalah Bantuan Prihatin National sekali bayar sehingga RM1,600 kepada golongan isi rumah B40, M40 serta individu bujang dan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada kadar maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan.
Kerajaan juga memberi bantuan tunai kepada pemandu e-panggilan, pemandu teksi, bas sekolah, pemandu pelancong dan bas persiaran dengan nilai berjumlah lebih RM70 juta kepada lebih 131,000 penerima, katanya.
Beliau berkata kerajaan juga memperkenalkan Program Subsidi Upah bagi membantu majikan mengekalkan pekerja melibatkan RM11.9 bilion dengan jumlah penerima lebih 2.6 juta pekerja dan lebih 322,000 majikan.
"Kerajaan (menerusi Bank Negara Malaysia) turut mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 125 mata asas sejak Januari 2020 kepada 1.75 peratus untuk meningkatkan aktiviti penggunaan dan pelaburan; dan menurunkan nisbah Keperluan Rizab Berkanun daripada 3.00 peratus kepada 2.00 peratus bagi meningkatkan kecairan dalam sistem kewangan dan menggalakkan aktiviti pinjaman," katanya,
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 04 2020
Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk usahawan mikro yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti menunggu manfaat yang diharapkan. - Gambar hiasan/Bernama
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Pakej rangsangan ekonomi adalah bersifat inklusif - MOF
Kesemua pakej rangsangan ekonomi juga bertujuan meringankan beban rakyat, membantu perniagaan serta memulihkan ekonomi negara.
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020
Rang undang-undang itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Parlimen.