Pakej rangsangan ekonomi tambahan oleh kerajaan bernilai RM10 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah menyeluruh dan pastinya akan dapat mengurangkan bebanan yang sedang dihadapi ramai usahawan dalam sektor yang terjejas itu, menurut ahli akademik.
Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya, Prof. Dr Mohd Nazari Ismail berkata kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan selain memperluas bantuan memandangkan sejumlah besar perniagaan PKS menghadapi kesukaran susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara akibat pandemik COVID-19.
"Jika mereka tidak dibantu, ini akan membawa kepada kadar pengangguran terlalu tinggi dan menimbulkan banyak masalah sosial dan ekonomi lain.
"Dari segi politik pula, pakej tersebut perlu dilaksanakan untuk kerajaan ini menjadi pilihan atau disukai rakyat," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bagaimanapun, langkah terbaru ini akan menambah lagi beban ekonomi masa depan dan percaya kerajaan dijangka menukar sistem kutipan cukai, yang mungkin menyaksikan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Namun GST, jika dilaksanakan semula pada kadar tinggi akan menjejaskan permintaan pengguna, katanya.
"Kesimpulannya, ini hanyalah penyelesaian jangka pendek sebenarnya. Ia mempunyai impak jangka panjang yang perlu kita hadapi.
"Oleh itu, kita perlu mewujudkan penyelesaian jangka panjang dan sebahagiannya ialah dengan kita memastikan paras hutang di negara kita dikurangkan pada masa akan datang supaya negara dapat lebih mampu menyerap kejutan ekonomi seperti yang kita alami sekarang," katanya.
Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Abdul Razak, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata peruntukan tambahan yang dilaksanakan kerajaan sepatutnya dipanggil "pakej kemanusiaan" dan bukannya pakej rangsangan.
"Pemberian dan pakej pinjaman itu untuk pemilik PKS mikro merancang perniagaan mereka yang akan datang.
"Inilah masanya untuk PKS terutama dalam sektor runcit dan pengeluar kecil memperhalusi semula, muhasabah dan merancang model perniagaan baharu untuk meneruskan kelangsungan dalam situasi ekonomi ini atau mungkin masa akan datang apabila persekitaran kembali stabil, " katanya.
Barjoyai berkata modal dan dana hanyalah satu bahagian daripada persamaan ini, lebih penting untuk PKS menenentukan model perniagaan yang berdaya maju berdasarkan model baharu ekonomi seiring dengan tema masa kini iaitu 'penjarakan sosial'.
"Cabaran sekarang adalah bagaimana untuk menjalankan perniagaan mengikut 'perspektif psikologi berhubung penjarakan sosial' yang memanfaatkan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) memandangkan PKP sebenarnya bertindak sebagai pemangkin untuk memaksa kita beralih dengan pantas kepada IR4.0," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan RM10 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi membantu PKS yang bergelut menghadapi kesukaran, sebagai tambahah kepada RM250 bilion yang diumumkan sebelum ini.
Inisiatif tambahan itu termasuk meningkatkan peruntukan program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac sebanyak RM7.9 bilion kepada RM13.8 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 07 2020
Kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan selain memperluas bantuan memandangkan sejumlah besar perniagaan PKS menghadapi kesukaran susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar hiasan/ BERNAMA
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.