CHUKAI: Operasi pencarian kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas di alur sungai Kuala Kemaman dekat sini Jumaat lepas, akan diteruskan dengan bantuan pakar oseanografi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata perbincangan telah dibuat bersama pihak UMT untuk mendapatkan kepakaran tersebut berikutan pergerakan air di muara sungai itu sentiasa berubah.
"Kita tidak tahu corak pergerakan air di kawasan ini dan mereka lebih pakar. Mungkin ada kajian yang boleh bantu kita untuk menentukan kedudukan mangsa kerana situasi ini berbeza dengan sungai di mana kita tahu pergerakan air.
"Jadi (untuk kes) yang ini, airnya bertembung dengan air laut, pergerakan air berubah mengikut pasang surut air. Jadi untuk kenal pasti kedudukan mangsa, kita cuba dapatkan khidmat pakar UMT," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di lokasi kejadian dekat sini, hari ini.
Md Hilman berkata pembahagian mengikut sektor juga telah dilaksanakan bagi melakukan pencarian dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia juga memfokuskan pencarian di kawasan laut serta pesisir pantai sehingga ke Cherating, Pahang bagi mencari mangsa.
"Setakat hari ini, kita masih belum jumpa mangsa. Apa yang kita khuatiri sekiranya mangsa berada di dasar muara sungai ini sebab kita percaya bahawa kawasan ini ialah kawasan pasir jerlus...dan ini yang menyukarkan operasi pencarian kita," katanya.
Dalam pada itu, Md Hilman turut menasihati ibu bapa agar tidak melakukan aktiviti riadah di kawasan berdekatan air memandangkan negara kini berhadapan musim Monsun Timur Laut.
"Musim banjir ini bukan masa untuk kita mandi-manda, berkelah dan bermain air. Ini bukan masa yang sesuai, saya nasihatkan juga kepada orang kampung segera berpindah jika berlaku peningkatan air atau hujan lebat berterusan di kawasan kediaman," katanya.
Jumaat lepas, Mohamad Aiman Asyraf Shahrulzaman, 11, dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika bermandi-manda bersama dua rakan di alur Sungai Kuala Kemaman berdekatan Pantai Telaga Simpul.
Operasi pencarian selama empat hari itu juga melibatkan anggota pelbagai agensi termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemaman, BBP Chukai, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu komuniti nelayan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022

Operasi pencarian selama empat hari itu juga melibatkan anggota pelbagai agensi termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemaman. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak lelaki hanyut jatuh longkang ditemui
Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Kota Tinggi ditemukan,

Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang diteruskan.

Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.

Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.

Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang besar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor.

Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang
Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.

Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.

Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.

Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.