KUALA LUMPUR: Pakai niqab atau pelindung muka tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah di bawah Akta 342, tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu jelasnya, ia tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memakai pelitup muka.
"Tetapi untuk tambahan, boleh memakai face shield, itu sebagai tambahan, begitu juga niqab dan sebagainya.
"Jadi kalau memakai face shield dan niqab dan tidak pelitup muka di dalamnya, ianya tetap salah di bawah Akta 342," ujarnya semasa sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor selepas gambarnya yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.
Tegasnya, kertas siasatan dibuka susulan Neelofa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut Mohd. Said, penjelasan berkenaan SOP tersebut juga telah dikeluarkan oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020.
Astro Awani
Sat May 22 2021

Sekalipun terdapat golongan wanita yang memakai niqab, mereka tetap wajib memakai pelitup hidung dan mulut. - Gambar hiasan

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Taliban wajibkan pelajar perempuan universiti swasta pakai niqab
Pelajar lelaki dan perempuan juga disyaratkan supaya diasingkan dalam kelas berbeza atau sekurang-kurangnya dipisahkan dengan tirai.

Pakai niqab tapi tak pakai pelitup hidung, muka adalah salah - Ismail Sabri
Pakai niqab atau pelindung muka tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah di bawah Akta 342.

Larangan burqa: Switzerland setuju larang tutup wajah
Keputusan rasmi sementara menunjukkan, langkah untuk meminda perlembagaan Switzerland diluluskan dengan margin 51.2 berbalas 48.8.

Belanda larang pakai purdah di tempat awam
Kerajaan Belanda mengeluarkan arahan melarang pemakaian purdah di bangunan dan pengangkutan awam selepas mendapat bilangan wanita Islam yang memakai persalinan itu semakin ramai.

Tunisia larang pemakaian niqab
Kerajaan Tunisia mengumumkan larangan memakai niqab di pejabat kerajaan dan tempat awam atas faktor keselamatan, pada Jumaat.

Larangan berpurdah langgar hak asasi manusia
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB turut mengarahkan Perancis membayar pampasan kepada dua wanita yang didakwa kerana berpurdah pada 2012.

Natasha Hudson sambut Aidiladha bersama pelarian Syria
Bekas pelakon yang sudah berniqab ini memberitahu dia memulakan misi kemanusiaan bersama badan sukarelawan Amal Hope ke sana.

Wanita pertama didenda di Denmark kerana memakai niqab
Pada 1 Ogos, pemakaian burqa atau niqab yang menutup sebahagian besar wajah, di tempat awam di Denmark boleh dikenakan denda.

Denmark luluskan larangan pemakaian niqab
Denmark menjadi negara Eropah terkini melarang pemakaian niqab, berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Universiti di Indonesia tarik balik larangan terhadap pemakaian niqab
Sebelum ini, universiti itu dikatakan akan membuang penuntut wanita yang degil memakai niqab selepas diberikan amaran rasmi sebanyak tujuh kali.