Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan produk tradisional 'Pak Li Medicated Plaster' setelah dikesan mengandungi racun berjadual Diphenhydramine.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pendaftaran produk jenis plaster itu telah dibatalkan pada 5 Dis lepas berikutan pengesanan racun berjadual itu di dalam produk berkenaan yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.
Beliau berkata, Diphenhydramine adalah sejenis antihistamin yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya boleh diperoleh daripada doktor atau ahli farmasi.
"Diphenhydramine digunakan untuk melegakan reaksi alahan dan kesan sampingannya yang digunakan secara tropikal termasuk ruam, gatal-gatal serta peningkatan kepekaan terhadap cahaya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta kerana ia melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.
Beliau berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan agar segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat professional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan.
"Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang www.npra.gov.my atau memuat turun aplikasi 'NPRA Product Status' daripada Google Play Store," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019
Orang ramai dinasihat mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional 'Pak Li Medicated Plaster' yang dikesan mengandungi racun berjadual Diphenhydramine. -Foto KKM
“Jangan lupa matlamat awal pendidikan untuk membina manusia” - Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi berkata matlamat awal pendidikan untuk membina manusia.
“Ada yang mengatakan kita nak mengubah universiti sebagai tempat kapitalis, mengaut keuntungan dengan mengorbankan fungsi utama universiti untuk membentuk sebaik-baik manusia”
“Jangan lupa matlamat awal pendidikan untuk membina manusia”Kata Zambry
#AWANInews
“Ada yang mengatakan kita nak mengubah universiti sebagai tempat kapitalis, mengaut keuntungan dengan mengorbankan fungsi utama universiti untuk membentuk sebaik-baik manusia”
“Jangan lupa matlamat awal pendidikan untuk membina manusia”Kata Zambry
#AWANInews
Saya tidak menolak kritikan yang membina - Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi berkata beliau tidak menolak kritikan membina untuk mencapai matlamat yang jelas #AWANInews
[TERKINI] Dakwaan rasuah: 13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 13 lagi pegawai pemeriksa kenderaan disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara.
[TERKINI] SPM 2024: KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan sejarah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi subjek Sejarah adalah tidak berasas.
Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi kedua negara - PM
Kerjasama sektor digital yang menjadi teras transformasi ekonomi masa depan adalah antara isu yang akan dibincangkan.
EPL: West Ham pecat Julen Lopetegui
Pemecatan itu susulan kekalahan West Ham 1-4 kepada Manchester City minggu lalu dengan The Hammers kini menduduki tangga ke-14 EPL.
AWANI Ringkas: Bincang isu kerjasama dua hala
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10.15 pagi.
[TERKINI] Majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia 2025
Ikuti majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The Economy: KRI Report: Searching for the ‘Poor’ and ‘Middle Class’ in Malaysia
Join Ibrahim Sani on The Economy as he hosts a special panel discussion with Gregory Ho, Research Associate at KRI, and Dr. Suraya Ismail, Director of Research at KRI. They delve into the latest KRI report, exploring the definitions and realities of the 'poor' and 'middle class' in Malaysia. Gain insights into the socio-economic landscape and policy implications for the nation's future.
Pak Li Medicated Plaster dikesan mengandungi racun Diphenhydramine - KKM
Pendaftaran produk jenis plaster itu telah dibatalkan pada 5 Dis lepas berikutan pengesanan racun berjadual itu di dalam produk berkenaan.