Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menyambung kecemerlangan legasi kepimpinan bapanya Tun Abdul Razak Hussein dan dapat mencorakkan masa depan Malaysia yang memenuhi segala potensi.
Abdullah berkata sejak Najib mengambil alih kepimpinan negara daripadanya pada 3 April 2009, banyak transformasi telah digarap untuk membawa Malaysia ke pentas yang lebih tinggi.
Menurutnya, transformasi itu bukan sekadar omongan kosong, tetapi telah dan sedang dilaksanakan dan mula mencapai kejayaan-kejayaan yang dibanggakan.
"Saya harap Datuk Seri Najib akan dapat memberi perhatian kepada perkara ini, agar bila negara menyambut 100 tahun pembentukannya, Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi, Malaysia kekal sebagai sebuah negara dengan identiti yang utuh.
"Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai tenaga kerja mahir bagi mengisi permintaan ekonomi...Malaysia sebagai sebuah negara yang memenuhi segala potensinya," katanya semasa berucap melancarkan buku 'Najib Razak Berjiwa Besar: Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976-Kini) di sini hari ini.
Turut hadir ke majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa menteri, timbalan menteri dan menteri besar.
"Saya sebagai seorang ayah, yakin dan percaya, bahawa jika Allahyarham Tun Razak masih ada bersama kita pada hari ini, beliau pasti cukup berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh anak sulungnya dalam mengisi sebuah ruang cukup besar yang ditinggalkan beliau," kata Abdullah.
Abdullah berkata Najib telah mengharungi pelbagai cabaran selepas 40 tahun perjalanannya dalam politik dan segala tindakan, perancangan dan kepimpinannya, bakal menjadi penentu kepada Malaysia dalam menuju 100 tahun kemerdekaannya.
Di akhir ucapannya Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah turut memberikan nasihat kepada Najib: "Najib, terus berpegang dengan prinsip-prinsip bapa anda. Anda telah melakukan yang terbaik buat Malaysia. Namun perlu sentiasa ingat perkara paling penting yang ditinggalkan seorang pemimpin adalah karakter.
"Kestabilan politik dan kejayaan ekonomi adalah penting namun ingat karakter - integriti, kejujuran dan empati. Itu yang mengingatkan saya kepada bapa anda dan bagaimana saya mahu anda juga diingati.
"Ambil ini sebagai nasihat daripada orang tua. Jadilah seorang pemimpin yang disayangi dan dihormati. Bukan yang ditakuti dan dipatuhi. Saya berdoa ke hadrat Allah anda akan dipandu ke jalan yang betul bagi masa depan negara kita yang tercinta."
Buku setebal 467 muka surat tulisan Prof Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh dan Dr Sabri Mohamad Shariff menceritakan proses pendewasaan Najib dalam politik bermula 1976 hingga menjadi tokoh yang disegani pada hari ini.
Bernama
Mon Feb 29 2016
Abdullah melancarkan buku 'Najib Razak Berjiwa Besar: Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976-Kini) - FotoBERNAMA
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Bekas PM Lubnan, Salim Al Hoss meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika mana Lubnan berdepan krisis yang memerlukan kepakarannya.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun M sambut ulang tahun ke-98
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.
'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.
Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023
Prosiding pendengaran itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa saman Najib terhadap Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB adalah satu 'serangan kolateral.'
Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara
Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.