ALOR SETAR: Perjanjian pajakan tanah di mukim Padang Lalang, Langkawi antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah ditamatkan pada 2018.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perjanjian itu ditamatkan atas permohonan Dr Mahathir sendiri yang dilakukan secara sukarela.
Menurutnya, notis penamatan dikemukakan kepada LADA pada April 2017 ketika Kedah ditadbir oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Berkaitan pajakan tanah seluas 13 hektar kepada Dr Mahathir pada 2014 yang tular, pajakan telah ditamatkan pada 7 Mac 2018.
“Tiada kesalahan apa pun yang dilakukan berkaitan pajakan itu mahupun ketika menamatkan pajakan, semua mengikut prosedur perundangan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
BACA: Hartanah RM100 juta: Tun M tempelak Najib, persoal sumbangan
Dalam satu ciapan yang tular di Twitter, seorang pemilik akaun mendedahkan Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menerima pajakan berkenaan untuk tempoh 60 tahun bagi tujuan pembinaan hotel.
Pajakan itu diluluskan pada tahun 2014 ketika anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.
Turut dimuat naik dalam ciapan itu adalah surat rasmi daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LADA bertarikh 11 September 2014.
Pemilik akaun terbabit juga mempersoalkan adakah pajakan berkenaan adalah manfaat yang diperoleh Dr Mahathir bagi tempoh 22 tahun serta 22 bulan menjadi Perdana Menteri.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Pajakan tanah Tun M tamat pada 2018
Sinar Harian
Thu Nov 25 2021

Muhammad Sanusi berkata perjanjian itu ditamatkan atas permohonan Dr Mahathir sendiri yang dilakukan secara sukarela. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pajakan tanah Tun M di Langkawi tamat pada 2018 - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perjanjian itu ditamatkan atas permohonan Dr Mahathir sendiri yang dilakukan secara sukarela.