Di sebalik gelombang populariti persalinan jubah dan kurta yang menjadi pilihan sebilangan umat Islam pada pagi Syawal, masih ada dalam kalangan masyarakat masih utuh jati diri dan kemelayuan mereka.
Sambutan di Kuantan, Pahang misalnya menyaksikan seramai 30 lelaki Melayu muncul dengan gaya pahlawan Melayu semasa hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Kesemua lelaki itu yang juga penggiat busana Melayu Tradisional lengkap bertanjak dari ‘Kelab Serindit Mati Tersepit’ mencuri perhatian jemaah lain sebaik tiba di pekarangan masjid Sultan Ahmad 1 di awal pagi 1 Syawal.
Insiatif berbusana Melayu lama itu dilakukan mereka sebagai usaha mengangkat semangat tradisi yang diwarisi.
Jurucakap kumpulan itu, Nor Azman Norawi berkata, apa yang membanggakan, sejak kebelakangan ini semakin ramai masyarakat Melayu mula menunjukkan minat kepada pakaian ala-ala pahlawan lengkap bertanjak.
Di Kuantan sahaja, kata Nor Azman, terdapat lebih kurang 200 penggemar busana itu.
"Perjumpaan di masjid ini sesuatu amat baik dan harapan kami benda (trend memakai busana Melayu) ini tersebar di seluruh Malaysia, seluruh semenanjung nusantara Melayu. Kita angkat semula warisan orang Malayu ni bertanjak berbusana sebagainya,” katanya.
Menurut Nor Azman, kesemua mula mengenakan busana pahlawan Melayu sejak sedekad lalu berikutan minat yang mendalam dengan pakaian bertema pendekar zaman dahulu.
"Alhamdullilah melalui daripada yang diviralkan di Facebook dan sebagainya kita nampak benda ni semakin berkembanglah di seluruh pelusuk negara," ujarnya lagi.
Melalui persalinan pahlawan ini juga, Azman berkata, banyak yang boleh dipelajari dalam pemakaian busana Melayu seperti susur galur sesuatu pemakaiannya dan zaman atau kesultanan mana asalnya sesuatu jenis busana.
Sementara itu hampir 5,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
Solat sunat itu diimamkan oleh Datuk Mohd Faizul Ghazali manakala khutbahnya disampaikan oleh Ustaz Mohd Khalil Mohd Zari.
Mohd Zalani Md Atan
Wed Jun 05 2019
Nor Azman Norawi berkata, pemakaian busana pahlawan Melayu sebagai tanda menghargai kesenian yang diwarisi daripada nenek moyang. - Gambar Astro AWANI
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.