Kerajaan Pahang meluluskan kawasan seluas 127.893 hektar di Sungai Yu di daerah Lipis sebagai hutan simpanan kekal (HSK) demi melindungi hidupan liar termasuk harimau Malaya.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya juga bersetuju menutup jalan lama Sungai Yu sepanjang 5.2 kilometer di situ serta merizabkan tanah kerajaan seluas 2.05 hektar sebagai pusat pembangunan, penyelidikan dan pusat sehenti 'Central Forest Spine (CFS)' negeri Pahang.
Beliau berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang dipengerusikan olehnya di Wisma Sri Pahang, di sini, pada Rabu.
"Mengenai penutupan jalan lama Sungai Yu, ia wajar kerana jalan ini sudah jarang digunakan penduduk kampung berkenaan berikutan siapnya 'Central Spine Road' di kawasan itu.
"Penutupan ini juga wajar berdasarkan cadangan oleh Perikatan Pemuliharaan Harimau Malaysia (MYCAT) yang memaklumkan bahawa terdapat laporan menyatakan pemburu haram, penceroboh tanah dan pembalak haram menggunakan Jalan Lama Sungai Yu untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, dengan penutupan jalan lama Sungai Yu itu dapat menghindarkan kemasukan secara mudah oleh pemburu haram, penceroboh hutan dan pembalak haram ke kawasan hutan bersebelahan.
"Keputusan ini membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri bagi menjayakan Pelan Induk CFS yang dihasilkan menurut keperluan harimau belang yang memerlukan landskap hutan yang luas dan bersambung, terutamanya di Pahang," katanya.
Menurutnya, mengenai keputusan merizabkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2.05 hektar, ia membabitkan Taman Rekreasi Sungai Yu sedia ada.
"Keputusan ini dibuat memandangkan kemudahan asas yang terdapat di Taman Rekreasi Sungai Yu sudah uzur selain tahap kebersihannya kurang memuaskan akibat daripada peningkatan jumlah pelawat pada hujung minggu dan musim cuti sekolah," katanya.
Noraniza Kamsani
Thu Nov 28 2019
![Pahang warta tanah 127.893 hektar untuk Hutan Simpanan Kekal Pahang warta tanah 127.893 hektar untuk Hutan Simpanan Kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574936482_TBHUTAN.jpg)
Hutan bukan tempat untuk manusia lakukan apa sahaja. Biarkan warisan alam ini khusus untuk haiwan khazanah kita. - Gambar hiasan
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699802315_BrendanGan.jpg)
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
![Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696946775_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
![Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643103806_DatukMohdAmarNik.jpg)
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
![Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641810213_HARIMAUMALAYA.jpg)
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
![Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625132489_harimau.jpg)
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
![Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637938782_DrAiniDrAdlykad.jpg)
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
!['Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya 'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598682731_artistempatan.jpg)
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
![Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595764268_harimau.jpg)
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
![Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19 Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81586237915_zoo.jpg)
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
![Harimau Malaya di New York positif COVID-19 Harimau Malaya di New York positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586133865_Bronxzoo.jpg)
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.