LIPIS: Kerajaan Negeri Pahang meluluskan peruntukan berjumlah RM29.91 juta menerusi pemberian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 secara one-off.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian BPP itu melibatkan 297,013 penerima daripada empat kluster sasaran iaitu Kluster Pelajar dan Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Umum dan Kluster Apresiasi.
"BPP 2022 secara bersasar ini akan disalurkan pada bulan ini (April) hingga Julai, dimulai dengan pemberian Sumbangan Awal Persekolahan membabitkan 25,146 pelajar Tahun 1 yang akan mendapat RM100 tunai dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2,514,600.
"Manakala 3,600 anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan menerima RM200 tunai bagi mengambil lesen motosikal dengan nilai peruntukan RM720,000.
"Selain itu, 9,000 orang veteran tentera dan polis, 4,500 nelayan, lebih 10,000 penjaja harian, hampir 1,000 pemandu teksi, lebih 40,000 pelajar universiti, 700 pelajar anak yatim, 7,000 ibu tunggal, 2,000 pengusaha e-hailing, serta 851 pengusaha bot dan pemandu pelancong menerima sumbangan RM200 tunai membabitkan peruntukan hampir RM16 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyampaian BPP dan sumbangan Ihya Ramadan 1443 Hijrah dengan kerjasama Yayasan Pahang di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan 1 di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram.
Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Jelai berkata, turut menerima peruntukan BPP sebanyak RM300 tunai ialah 200 penggiat media sosial seperti blogger, influencer dan YouTuber.
"Tidak dilupakan 2,400 pelajar tahfiz dan 500 gelandangan akan menerima RM100 tunai manakala lebih 25,000 anak-anak yang menduduki SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini, turut dapat RM100 dalam bentuk tambah nilai (top up) dengan nilai peruntukan lebih RM2.877 juta.
"Bantuan kerajaan negeri ini turut melibatkan sumbangan kotak Aidilfitri kepada penduduk kampung dan masyarakat orang Asli dengan nilai peruntukan RM6.53 juta," katanya.
Wan Rosdy menjelaskan, pemberian BPP itu dapat dilaksanakan berdasarkan keupayaan kewangan kerajaan negeri yang kukuh pada masa kini.
"Sepertimana yang saya sering nyatakan, setiap hasil yang kerajaan negeri perolehi akan dipulangkan semula kepada rakyat agar kita semua dapat berkongsi rezeki demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
"Saya percaya, sekiranya sasaran hasil RM1 bilion pada tahun ini tercapai, tidak mustahil kerajaan negeri berupaya untuk meneruskan lagi bukan sahaja BPP tetapi juga bantuan-bantuan lain untuk rakyat di negeri ini," ujarnya.
Wan Rosdy berkata, sehingga akhir tahun lalu, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM75.03 juta bagi tujuan perbelanjaan pengurusan dan operasi mencegah penularan COVID-19.
Jelasnya lagi, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM31.3 juta telah diagihkan melalui pakej BPP yang dilaksanakan melalui empat fasa khusus kepada golongan sasaran.
Ifti Femida
Sat Apr 09 2022

Wan Rosdy (tengah) menyampaikan bantuan kepada penerima sempena majlis penyampaian BPP dan sumbangan Ihya Ramadan 1443 Hijrah dengan kerjasama Yayasan Pahang di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan 1 di Lipis, semalam. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.

Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pahang lulus peruntukan bantuan prihatin RM29.91 juta
Pemberian BPP itu melibatkan 297,013 penerima daripada empat kluster sasaran.