KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran berhubung aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk kebenaran penganjuran kuliah dan majlis ilmu.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebelum ini, hanya kuliah Maghrib dan tazkirah subuh sahaja dibenarkan, dan kini diperluaskan meliputi kuliah Dhuha, kuliah sebelum solat Jumaat, kelas al-Quran dan fardu ain.
Selain itu, beliau berkata turut dibenarkan adalah Kelas Tafaqquh Fid-din anjuran Yayasan Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang, bacaan Yasin dan tahlil serta jamuan selepas kuliah dan majlis ilmu.
"Kelonggaran berkenaan telah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berkuat kuasa hari ini sehingga dimaklumkan kemudian, bergantung kepada keadaan semasa situasi penularan wabak COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kelonggaran itu juga meliputi kehadiran pada majlis akad nikah di masjid dengan mengikut ruang yang ditetapkan berbanding hanya 20 orang sebelum ini, selain kanak-kanak tujuh tahun dan ke atas turut dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat fardu.
Tambah Wan Rosdy, perkara lain berkaitan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan membawa sejadah sendiri, hendaklah terus diamalkan.
"Semoga dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberi dan dinyatakan ini, kita semua dapat kembali beribadah dengan lebih selesa, seterusnya mengimarahkan masjid dan surau kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 19 2021

Sebelum ini hanya kuliah Maghrib dan tazkirah subuh sahaja dibenarkan, dan kini diperluaskan meliputi kuliah Dhuha, kuliah sebelum solat Jumaat, kelas al-Quran dan fardu ain. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
Isu pertama melibatkan dakwaan penutupan fasiliti surau selama dua hari pada 3 dan 4 Disember lalu tanpa sebarang notis.

Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024 - Kementerian Kewangan
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus merentasi semua sektor pada 2024 berikutan prestasi perdagangan global dan prospek sektor komoditi yang bertambah baik.

SOP Thaipusam: Upacara kavadi tidak dibenarkan
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) perayaan Thaipusam dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari.

Krismas: Upacara sembahyang dan koir dibenarkan, aktiviti berkunjung untuk yang lengkap vaksinasi
KPN dalam satu kenyataan memaklumkan, SOP berkenaan akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember 2021.

Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi
Manakala bilangan jemaah bagi solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.

KPN tetapkan SOP rumah ibadat selain Islam untuk penerima lengkap vaksinasi
SOP bagi pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penerima vaksin COVID-19 lengkap sudah diselaras.
![[KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan [KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624279034_PKPSekatanJalanR.jpg)
[KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan
Penulis membangkitkan persoalan mengapa kes positif COVID-19 tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun 'lockdown' hampir satu bulan.

Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak
Hanya 12 orang sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan surau Jawatankuasa Kariah sahaja, dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau berkuat kuasa solat Subuh esok.

KKM kesan 11 kluster baharu melibatkan tempat kerja, komuniti dan aktiviti keagamaan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kluster baharu direkodkan sehingga jam 12.00 tengah hari pada Ahad.

PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Antara aktiviti dibenarkan adalah solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat dengan 40 jemaah lelaki sahaja.