ROMPIN: Kerajaan Pahang akan memberikan bantuan wang ihsan kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata kerajaan negeri akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) pemberian bantuan wang ihsan sebelum ini, seperti diberikan kepada mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah bantuan tersebut.
Semasa banjir pada Januari tahun ini, setiap KIR di Pahang yang terkesan bencana itu menerima bantuan RM1,000 daripada kerajaan Persekutuan yang disalurkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) manakala RM500 daripada kerajaan negeri.
Selain itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri akan menggerakkan pasukan sukarelawan untuk membantu kerja pembersihan sebaik sahaja banjir surut.
"Saya berharap semua mangsa banjir dapat mematuhi arahan pihak berkuasa, sama ada disuruh berpindah atau jika belum dibenarkan pulang ke rumah lagi atas faktor keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemok di sini hari ini, yang dibuka sejak dua hari lepas menempatkan 466 mangsa.
Beliau juga memaklumkan kerajaan negeri akan membuat permohonan supaya sebuah jambatan kekal dibina bagi menggantikan jalan yang terputus di jalan utama Felda Selancar di sini, akibat limpahan air deras ekoran hujan lebat berterusan pada 1 Mac lepas.
"Saya telah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) semasa tinjauan semalam, dan mereka mencadangkan sebuah jambatan dibina berbanding jalan baharu kerana risiko kemungkinan jalan putus boleh berulang (jika bencana serupa berlaku)," katanya.
Selain itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 untuk membina jalan sementara ke sebuah kilang sawit di Felda Selancar 2A yang turut rosak akibat banjir, bagi memastikan urusan penghantaran buah sawit oleh penduduk, tidak terjejas.
Wan Rosdy berkata JKR daerah juga sedang membuat penilaian nilai kerosakan akibat banjir yang berlaku sejak lima hari lepas.
Selain Rompin, daerah yang turut terkesan banjir ialah Raub, Maran, Jerantut, Pekan, Bera dan Temerloh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023

Wan Rosdy menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sek Men Keb Tanjung Gemok hari ini. -fotoBERNAMA

Program Santuni MADANI: PHB pilih Kampung Palu-Palu sebagai kampung angkat
Program terbabit menyantuni penduduk kampung dengan menumpukan kepada apsek pembangunan pendidikan dan sosioekonomi
Kandungan palsu: individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
MCMC menahan individu muat naik kandungan palsu gagal hadir ke mahkamah

Menteri New Zealand lepaskan jawatan selepas insiden letak tangan di lengan kakitangan
Andrew Bayly kesal dengan tingkah lakunya yang dianggap beliau sebagai "agak berlebihan."

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas. #AWANInews
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.
Pasca perang Syria: EU gantung sebahagian sekatan terhadap Syria
Kesatuan Eropah (EU) menggantung pelbagai sekatan terhadap Syria berkuat kuasa serta-merta pada Isnin, termasuk sekatan berkaitan tenaga, perbankan, pengangkutan, dan pembinaan semula.
A.S tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Amerika Syarikat bergabung dengan Rusia untuk mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine pada Isnin, dalam perubahan mengejut daripada dasar Amerika Syarikat selama bertahun-tahun.
Konflik di Ukraine: Trump: Putin terima cadangan eropah hantar pasukan pengaman
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, menerima cadangan Eropah untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.