KUALA LUMPUR: Padma Priya Venu Gopal dianugerahi Anugerah IRCIEF dalam Majlis Penganugerahan Ke-2 CFBF; Sijil Syariah Perbankan dan Kewangan yang ditawarkan oleh Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Priya, 44, juruaudit di Syarikat Takaful Malaysia Berhad, menerima anugerah tersebut atas kejayaan menyempurnakan 11 modul dalam Sijil Syariah Perbankan dan Kewangan Islam yang diakreditasi oleh Finance Accreditation Agency (FAA), badan akreditasi yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Menurut jurucakap IRCIEF dalam satu kenyataan, dengan Sijil Syariah Perbankan dan Kewangan Islam, para peserta didedahkan kepada ilmu asas syariah yang diaplikasikan dalam institusi perbankan dan kewangan Islam.
“Kursus jangka masa pendek ini dijalankan selama dua bulan dengan tenaga pengajar yang terdiri daripada pakar-pakar industri kewangan dan perbankan.
“Sehingga kini, 4 kohort telah dilaksanakan dengan penyertaan melebihi 100 orang yang terdiri daripada pensyarah, professional, pelajar, jurutera dan konsultan dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura,” ujarnya.
IRCIEF merupakan pusat penyelidikan antarabangsa di KUIS yang memfokus kepada bidang Ekonomi dan Kewangan Islam. Salah satu hasil kajian IRCIEF, model Sadaqa House telah diangkat sebagai salah satu perkhidmatan perbankan oleh Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2018.
Penawaran kursus ini merupakan komitmen KUIS sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan dalam pembangunan kapasiti dan Rangka Tindakan Kewangan (Financial Blueprint) 2022–2026 terutamanya dalam mengukuhkan lagi pencapaian Malaysia sebagai peneraju pembangunan bakat dalam Kewangan Islam di dunia.
Selain Anugerah IRCIEF, enam peserta lain turut menerima Hadiah Peserta Terbaik yang dipilih dari 2 kohort kursus yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan mereka dipilih berdasarkan jumlah markah purata tertinggi untuk semua modul.
Orang awam juga boleh menderma seberapa jumlah wang dalam akaun dana Sadaqa House. Model Sadaqa House ini juga telah memenangi Medal Emas di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 dan Malaysia Technology Expo (MTE) 2021.
Dalam Majlis Penganugerahan ini juga, Memorandum Persefahaman Kerjasama (MoU) Strategik ditandatangani antara KUIS dan Persatuan Cakna Filantropi Malaysia (PhilCare) bersempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun.
Matlamat MoU ini adalah bagi memberdaya golongan autistik dan membolehkan mereka terlibat dalam pekerjaan yang berkaitan.
Dalam majlis yang sama, seramai 35 peserta akan menerima Sijil Syariah Perbankan dan Kewangan Islam yang disampaikan oleh Datuk Setia Salehuddin Saidin, Ahli Lembaga Pengarah KUIS. 11 peserta juga menyertai majlis ini secara atas talian.
Turut hadir, Rektor, KUIS, Professor Madya Datuk Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Khairul Nizam, Ketua Pegawai Eksekutif, Finance Accreditation Agency (Agensi Kelayakan Kewangan) serta pengurusan tertinggi KUIS.
Astro Awani
Sat Apr 02 2022

Priya (kanan) juruaudit di Syarikat Takaful Malaysia Berhad, menerima anugerah tersebut atas kejayaan menyempurnakan 11 modul dalam Sijil Shariah Perbankan dan Kewangan Islam yang diakreditasi oleh Finance Accreditation Agency (FAA). - KUIS
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.
![[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa? [KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/41536253475_work.jpg)
[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?
Peluang kerjaya bagi graduan muamalat termasuk perbankan Islam, takaful, institusi zakat dan wakaf, serta konsultan kewangan Islam.

Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi
Kempen ini dimulakan dengan fokus kepada Universiti Awam (UA) dan akan melibatkan pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menyebarkan mesej keselamatan dalam talian.

Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.

Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"