Polis menahan reman dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemerasan ke atas seorang wanita membabitkan satu video bogel di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 30 terbabit ditahan semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 22 tahun pada 9 Ogos lalu.
“Mangsa membuat laporan polis bahawa dia menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang wanita meminta bayaran RM10,000 sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video bogel mangsa.
“Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita melalui aplikasi mesej TAM TAM sebelum ini,” kata Nik Ezanee dalam kenyataan hari ini.
Katanya kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat menurut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 15 2020
Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita. -Gambar hiasan
FBM KLCI dijangka melonjak melebihi paras 1,700
Menurut Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, jangkaan ini berdasarkan kepada penilaian pasaran yang masih dianggap munasabah, meskipun indeks melepasi tahap tersebut.
Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Status pelaksanaan 5G di China yang ketika ini meliputi lebih 90 peratus di kawasan berpenduduk, menarik minat Malaysia untuk mempelajari kejayaan negara Tembok Besar itu dalam meningkatkan kesalinghubungan terutama di kawasan pedalaman.
Kartel semakin kreatif, licik dalam manipulasi tender - MyCC
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, salah satu modus operandi yang biasa dilakukan oleh kumpulan kartel adalah membahagikan kementerian atau agensi kerajaan kepada kumpulan berbeza. Taktik ini bertujuan untuk meningkatkan peluang kemenangan mereka dalam tender-tender yang ditawarkan.
Polis siasat penemuan lapan tong disyaki bahan kimia di Sungai Buloh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana bencana terhadap tali air.
Dua penjenayah warga Vietnam ditembak, 11 kes di Pulau Pinang, Kedah selesai
Polis menembak mati dua lelaki warga Vietnam yang terlibat dalam 11 kes pecah masuk kilang, gudang serta tebuk peti besi di Pulau Pinang dan Kedah dalam kejadian di Lorong Perindustrian 4, Bukit Panchor Nibong Tebal.
AWANI Ringkas: GISB: Reman suspek bakar bahan bukti disambung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Lebih 83,000 pelajar bakal terima manfaat Program Anak Kita - Fadhlina
Program itu merupakan salah satu keutamaan kerajaan, dengan fokus kepada Reformasi Pendidikan.
Semua pihak perlu kerjasama atasi masalah keciciran pelajar - PM Anwar
Sektor swasta dan masyarakat sivil perlu bergabung tenaga, memberi sokongan sebaiknya termasuk dalam aspek teknologi maklumat.
Kamala dan Trump adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris bahawa cadangan bagi menyerahkan sebahagian besar wilayah berdaulat Ukraine adalah satu cadangan penyerahan, bukan cadangan keamanan.
Jumlah mangsa di Kedah terus catat penurunan
Kesemua mangsa masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di empat daerah.
27 orang dipindahkan susulan banjir kilat di Lenggong
Lokasi yang terjejas banjir adalah di Jalan Ijok, Kampung Sumpitan dan Jalan Haji Samad, Kampung Banggol Batu.
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR terus komited kesan mangsa
Pasukan SAR terus komited mengesan mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Waspada penipuan 'deepfake' tiru suara kenalan, lebih 400 kes kini disiasat - Polis
Mangsa akan diminta untuk membuat pindahan wang ke akaun tertentu yang merupakan akaun keldai.
Dinding penahan tanah runtuh, terasa seperti gempa bumi kecil - Mangsa
Seorang peniaga Azmi Baharudin berkata runtuhan itu menyebabkan lantai rumahnya yang berada di belakang dinding penahan berkenaan bergegar.
Masjid Tanah tenggelam, banjir kilat terburuk sejak 10 tahun
Pergerakan air yang terlalu pantas menyebabkan ada antara mereka terkandas lebih empat jam untuk pulang ke rumah.
Mangsa banjir dua daerah di Perak menurun kepada 114 orang
Berdasarkan ramalan MetMalaysia, cuaca di daerah Hulu Perak pada Ahad dilaporkan baik, kecuali ribut dijangka berlaku pada sebelah petang.
143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini
Seramai 143 mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek pagi ini.
Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas
Terdapat pertambahan dari jumlah kampung yang terjejas iaitu menjadi enam kampung, berbanding empat sebelum ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.