BUKIT MERTAJAM: Helah dua lelaki yang membuat laporan palsu kononnya disamun sehingga menyebabkan kehilangan MyKad, tidak menjadi apabila masing-masing akhirnya terpaksa 'bermalam' di lokap.
Dalam kejadian pertama, seorang lelaki berusia 25 tahun mereka cerita konon disamun ketika sedang menunggang motosikal di Tasek Junjong, Simpang Ampat kira-kira jam 7.30 petang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa kejadian berlaku ketika dia memberhentikan motosikal di tepi jalan kerana barang terjatuh sebelum dihampiri sebuah motosikal ditunggang lelaki tidak dikenali yang meragut begnya sebelum memecut motosikal.
"Disebabkan kejadian itu, dia mendakwa kehilangan dokumen peribadi termasuk MyKad dan dua buah telefon bimbit serta alat kawalan jauh pagar elektrik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.
Shafee berkata, sebaik menerima laporan kejadian samun itu, pihaknya segera menjalankan siasatan namun mendapati terdapat keterangan meragukan daripada lelaki terbabit.
Katanya, lelaki berkenaan yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau akhirnya mengaku sengaja mereka cerita dan membuat laporan palsu kerana mahu mengelak daripada membayar denda maksimum kepada JPN kerana MyKad miliknya telah beberapa kali hilang.
"Ketika disoal siasat, dia mengaku yang beg miliknya hilang di sebuah kedai makan di Tasek Junjong akibat kecuaian sendiri selepas meletakkan beg silangnya di dalam raga sebuah motosikal," katanya.
Shafee berkata, helah sama turut digunakan seorang pekerja kilang berusia 25 tahun yang membuat laporan polis kononnya disamun dua lelaki bermotosikal di Jalan Perusahaan Baru, Perai pada Sabtu.
Lelaki terbabit juga katanya, mendakwa dihampiri dan diacukan pisau sebelum disamun.
"Akhirnya suspek mengakui yang dia telah kehilangan tiga kali kad pengenalan diri dan mengakui terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu membayar denda maksimum dikenakan JPN," katanya.
Shafee berkata, akibat laporan palsu itu, dua lelaki berkenaan terpaksa tidur di dalam lokap selain berdepan hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kes laporan palsu kononnya disamun mencatatkan peningkatan di SPT dan kebanyakan disebabkan alasan takut didenda JPN selain mangsa telah menggunakan duit syarikat untuk tujuan peribadi.
“Orang ramai diingatkan tidak sesekali membuat laporan palsu kerana ia perbuatan tidak bertanggungjawab dan membuang masa.
‘Polis memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan kesalahan,” katanya.
Berita asal: Elak didenda JPN, dua lelaki tidur di lokap
Sinar Harian
Tue Apr 06 2021
Suspek ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya disamun. -Sinar Harian
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Padah lapor kononnya MyKad hilang akibat disamun
Pihaknya segera menjalankan siasatan namun mendapati terdapat keterangan meragukan daripada lelaki terbabit.