Padah meminta sedekah seraya mengacukan pistol mainan, seorang kanak-kanak palauh lelaki bersama 14 individu lain ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
Mereka ditahan dalam operasi cantas di kawasan lampu isyarat Taman Aman Jaya dan Bandar Sri Perdana kira-kira pukul 10.36 pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, bertindak atas gambar yang tular di media sosial seorang kanak-kanak palauh tidak berbaju memegang pistol mainan ketika meminta sedekah, pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu pergi ke lokasi.
Kesemua 15 yang ditahan itu berusia antara enam bulan hingga 31 tahun.
"Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Daripada kesemua tahanan itu, 11 daripadanya adalah kanak-kanak," katanya dalam kenyataan.
Menurut Nasri, siasatan polis mendapati senjata yang dipegang kanak-kanak itu ketika meminta sedekah merupakan pistol mainan yang diberi ibunya untuk bermain dengan kanak-kanak lain.
"Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Ridzal Abdullah, Qaisara Umaiyah
Wed Feb 19 2020

Kanak-kanak palauh yang tidak berbaju dan berkaki ayam mengacu pistol mainan ketika meminta sedekah. - Gambar media sosial

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Padah acu pistol mainan ketika minta sedekah, 15 palauh ditahan di Lahad Datu
Mereka ditahan dalam operasi cantas di kawasan lampu isyarat Taman Aman Jaya dan Bandar Sri Perdana, Lahad Datu.