KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bercadang memulakan prosiding berhubung pengurusan pelaksanaan projek Sistem Tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 26 Feb ini.
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya akan memanggil wakil Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia serta mendapatkan pandangan daripada operator lebuh raya mengenai pelaksanaan projek itu pada prosiding berkenaan.
"Persetujuan dicapai sebulat suara dalam perbincangan khas ahli-ahli PAC di Parlimen dan Jawatankuasa ini akan menggunakan punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat (PM) 77(1)(d) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMDR), Arahan Perbendaharaan 301 Tahun 2023 dan Seksyen III Perkara 11 (b) Pekeliling Am No. 2 (1982)," katanya dalam kenyataan hari ini.
MLFF ialah satu sistem kutipan tol tanpa perlu berhenti yang menggunakan sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) selain sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) yang dirancang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya bertol.
Secara prinsip, pelaksanaannya diluluskan pada 2021 oleh kerajaan terdahulu dengan peruntukan awal berjumlah RM3.46 bilion.
Namun, projek itu dilaporkan dibantah 32 syarikat konsesi tol lebuh raya yang mendakwa kerajaan telah menganugerahkannya secara langsung kepada sebuah syarikat swasta, YTL Corporation Bhd, tanpa berunding dengan syarikat konsesi yang akan membiayai pelaksanaannya.
Isu terbabit turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata kerajaan pimpinannya akan meneliti semula perjanjian dan proses pengurusan tender yang dibuat berhubung projek itu.
Dalam perkembangan lain, bagi tujuh isu yang dipilih daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, tiga daripadanya iaitu isu pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi, Syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd dan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara telah selesai sepenuhnya.
Prosiding bagi empat isu lain melibatkan pengurusan Sistem Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx), Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), hutan dan impak kepada alam sekitar, serta projek naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah, akan diteruskan dengan prosiding susulan.
"Jawatankuasa berpendapat masih ada penjelasan yang perlu diberikan kementerian berkenaan berkaitan tajuk-tajuk terbabit," katanya.
Menurut Mas Ermieyati, PAC juga akan meninjau bangunan sekolah daif di Sarawak dan Sabah bagi melengkapkan prosiding pembangunan semula bangunan daif di sekolah dan jawatankuasa itu komited untuk membentangkan semua laporan berkaitan pada sidang Parlimen depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Mas Ermieyati berkata pihaknya akan memanggil wakil Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia serta mendapatkan pandangan daripada operator lebuh raya mengenai pelaksanaan projek itu. - Gambar fail/Bernama

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Prosiding isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta ambil masa panjang- PAC
Prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam dijangka mengambil masa panjang.

PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.

PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.

Mahkamah diberitahu PAC tidak salahkan Arul Kanda berhubung salah urus 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu PAC tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.