KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dijangka membentangkan laporan berhubung Pengurusan Wabak COVID-19 di Dewan Rakyat pada 30 Oktober ini.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata laporan berkenaan melibatkan vaksin luput tempoh hayat, peralatan ventilator tidak dapat digunakan serta lebihan pakaian pelindung diri (PPE) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
Jelas beliau, PAC telah mengadakan lima prosiding antara 15 Jun hingga 21 September lalu, dengan 12 saksi dipanggil antaranya bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
"PAC telah selesai mengadakan Mesyuarat Penyediaan Laporan (Housekeeping) berhubung Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan Serta Lebihan Pakaian Pelindung Diri (PPE) pada 16 dan 17 Oktober lalu," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen pada Khamis.
Selain Dr Noor Hisham dan Ka Siong, turut dipanggil ialah Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Patimah Ramuji; Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, Datuk Seri Norazman Ayob; serta mantan Ketua Setiausaha (KSU) KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.
Turut memberikan keterangan adalah mantan KSU KKM, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah; mantan Ketua Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan KKM, Datin Seri Dr Asmah Samat; Pengerusi Pharmaniaga Berhad, Izaddeen Daud; Pengerusi Exco Pharmaniaga, Ahmad Shahredzuan Mohd Sharif; bekas Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Farshila Emran; serta Ketua Pegawai Operasi Pharmaniaga, Mohamed Iqbal Abdul Rahman.
Sementara itu, Mas Ermieyati memaklumkan PAC akan memulakan prosiding berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp pada 23 Oktober ini.
Ujarnya, antara saksi yang akan dipanggil ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Datuk Amran Ahmad dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahrul Dawood.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 19 2023

Mas Ermieyati berkata laporan berkenaan melibatkan vaksin luput tempoh hayat, peralatan ventilator tidak dapat digunakan serta lebihan pakaian pelindung diri (PPE) di bawah KKM. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.