GEORGE TOWN:Pulau Pinang akan mewartakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 3,790.54 hektar sebagai Hutan Tadahan Air di bawah Seksyen 10(1) (e) Akta Perhutanan Negara 1984.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pada 2004, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mewartakan kawasan seluas 6,288.295 hektar sebagai Kawasan Tadahan Air di bawah Enakmen Pembekalan Air (EPA) 1998, Perintah Pembekalan Air (Kawasan Tadahan) tahun 2004.
Beliau berkata pewartaan kawasan tadahan itu meliputi Hutan Simpan Kekal seluas 3,565 hektar yang menyaksikan 70 peratus HSK di Pulau Pinang telah dikhususkan untuk tujuan perlindungan kawasan Hutan Tadahan Air sejak 2004.
"Pada 2 Dis lepas, mesyuarat MMK telah bersetuju untuk mewartakan Hutan Simpanan Kekal sebagai Kawasan Hutan Tadahan Air di bawah Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 di mana jumlah keluasan HSK untuk tujuan pewartaan ini turut bertambah sebanyak 5 peratus yang mana terdapat Hutan Simpanan Kekal lain yang tidak diwartakan di bawah EPA 1998 pada tahun 2004," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Chow berkata Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang kini dalam proses membuat pewartaan dan dijangka selesai disiar warta pada Jun 2021.
Beliau berkata isu itu timbul kerana pewartaan di bawah perundangan yang berbeza namun kedua-duanya mempunyai tujuan sama iaitu mewujud dan memelihara kawasan sebagai tadahan air untuk menjamin bekalan air.
"Pulau Pinang merupakan negeri yang terawal berbanding negeri lain di Semenanjung yang mewartakan kawasan tadahan airnya di bawah Enakmen Pembekalan Air Negeri yang mana meliputi kawasan hutan simpanan kekal pada tahun 2004," katanya
Selasa lepas, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pulau Pinang segera mewartakan kawasan tadahan air bagi menjamin sumber bekalan pada masa depan.
Tuan Ibrahim berkata setakat ini, tujuh negeri di Semenanjung termasuk Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Selangor dan Terengganu sudah mewartakan 100 peratus kawasan tadahan air seperti dicadangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020
KON YEOW: Pada 2 Dis lepas, mesyuarat MMK telah bersetuju untuk mewartakan Hutan Simpanan Kekal sebagai Kawasan Hutan Tadahan Air di bawah Akta Perhutanan Negara (APN) 1984. - Facebook/Chow Kon Yeow
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Penjaga jentera elektrik direman minta rasuah RM30,000
Lelaki itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Pulau Pinang di sekitar Penaga dekat sini kira-kira 8 malam Khamis.
Pulau Pinang harap dua projek diluluskan dalam Belanjawan 2025
Ia melibatkan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan geran padanan bagi Penang Silicon Design @5km.
Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena reman
Mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh di TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
Polis tahan 15 termasuk kanak-kanak dalam operasi samseng jalanan
Kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.
Pulau Pinang cadang bina pusat proses najis ternakan babi selesai isu pencemaran
Pulau Pinang akan berbincang mengenai cadangan membina pusat pemprosesan najis ternakan di Kampung Selamat di sini bagi mengatasi isu pencemaran Sungai Kereh.
Paras air empangan meningkat namun belum capai 'tahap selamat' - PBAPP
Kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang di sini menunjukkan peningkatan ketara susulan hujan lebat sejak awal bulan ini namun belum mencapai 'tahap selamat'.
Banjir P. Pinang semakin reda, tidak perlu isytihar darurat - Chow
Mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibekalkan dengan barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan peralatan.
Ombak besar di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor kejadian luar biasa - METMalaysia
Orang awam diminta supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dengan melayari laman web serta media sosial METMalaysia.
Hujan berterusan, beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat
Antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru di bahagian pulau.
Muzium terapung feri ikonik Pulau Pinang beroperasi hujung tahun ini
Sebuah lagi feri ikonik pula berada pada syarikat pemaju Ideal Property yang akan dijadikan restoran terapung.