AKAUN Twitter Raja Permaisuri Agong kembali!
Umum mengetahui sejak beberapa hari lalu, akaun Twitter rasmi milik Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dinyahaktif sehingga ramai netizen mula hairan dan tertanya-tanya sebab mengapa baginda berbuat demikian.
Perkara itu juga turut menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi dalam kalangan rakyat yang kebanyakannya mengambil berat dan rindu telatah Tuanku Azizah di laman Twitter.
BACA: Come back to Twitter, Her Majesty
BACA: Tengku Puteri Jihan terharu sokongan terhadap Raja Permaisuri
Namun begitu, bagi menjernihkan keadaan tersebut, Raja Permaisuri Agong kembali 'menghidupkan' akaun Twitter rasminya untuk menerangkan situasi sebenar.
Jelasnya, baginda menyahaktifkan akaunnya atas sebab peribadi.
“Seperti yang saya katakan, saya menyahaktifkan (akaun twitter saya) bukan kerana saya kesal dengan komen-komen yang dibuat kepada saya tetapi ia adalah atas sebab peribadi," tulisnya.
Mendengar berita kembalinya Raja Permaisuri Agong di laman itu, ribuan netizen menyuarakan rasa keterujaan mereka di media sosial.
Selain itu, Tunku Azizah menasihatkan orang ramai supaya bertenang.
"Bertenang semuanya... Seperti anak perempuan saya selalu memberitahu saya “bertenang mama”, apabila saya kecewa," katanya lagi.
Afiq Ariffin
Sat Sep 14 2019
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali -menghidupkan- akaun Twitter rasminya untuk menerangkan situasi sebenar. -foto Bernama
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
'Our Queen is back!' - Netizen teruja Raja Permaisuri Agong kembali di Twitter
Umum mengetahui sejak beberapa hari yang lalu akaun Twitter rasmi milik Raja Permaisuri Agong dinyahaktifkan sehingga menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi dalam kalangan rakyat.