KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan terutama barang basah sempena program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat hari ini.
Seawal 7.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur di kawasan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, iaitu lokasi berlangsungnya program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dijangka hadir bagi merasmikan program berkenaan.
Pada program berkenaan, orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan seperti beras lima kilogram (5kg) yang dijual pada harga RM16.50, ikan siakap RM7 seekor, tiga ekor ikan cencaru yang dijual dengan harga RM1 dan ayam segar RM8.50 sekilogram.
Selain itu, buah-buahan juga boleh didapati pada program berkenaan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Program Jualan Termurah ‘Khidmat Demi Masyarakat’ di kawasan sekitar PPR Kerinchi hari ini jadi tumpuan orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada kadar yang lebih murah berbanding harga pasaran. - Gambar Bernama

Gunung sampah Ghazipur hampir setinggi Taj Mahal
Ghazipur menjadi salah satu tapak pelupusan sampah terbesar di dunia, dan terus menerima ratusan tan sampah dari Delhi setiap hari.
FBM KLCI: Jualan besar-besaran, apa langkah seterusnya?
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan terbesar tahun ini, melepasi paras sokongan utama 1,490-1,500. Apa yang bakal menjadi tindakan pelabur dalam keadaan semasa terutamanya dalam ketidaktentuan? Perbincangan penuh bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.

Ketengah salur RM1 juta bantuan Ramadan, Aidilfitri
Ketengah menyalurkan bantuan sebanyak RM934,200 bersempena dengan Ramadan dan sambutan Aidilfitri tahun ini.
AWANI Pagi: Penjenayah Semakin Berani, Apa Tindakan Drastik Perlu Diambil
Diskusi #AWANIpagi bersama Dr Haezreena Begum Abdul Hamid membincangkan mengenai trend kes jenayah yang semakin menjadi-jadi sehingga meresahkan rakyat Malaysia di mana Pakar Kriminologi dan Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya ini akan mengupas tindakan drastik perlu diambil dalam menanganinya.
Diunjur diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Pasaran mungkin mencatatkan lantunan semula pada masa depan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, sentimen pelabur dijangka kekal berhati-hati berikutan risiko berterusan daripada pengumuman tarif perdagangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Lebih 60,000 pekerja Indonesia hilang pekerjaan dalam dua bulan
Indonesia berdepan dengan krisis kerja dalam dua bulan pertama 2025, dengan lebih dari 60,000 pekerja kehilangan pekerjaan akibat pemotongan pekerja di beberapa sektor utama.
Ketidakpastian perdagangan global pengaruhi dagangan MSM
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu ini susulan ketidakpastian dalam perdagangan global sekali gus menyebabkan pemain pasaran berhati-hati. Walau bagaimanapun, permintaan dari beberapa negara kekal kukuh.
Ringgit dijangka kekal bertahan dalam julat 4.43-4.44 berbanding dolar AS minggu ini
Ringgit dijangka kekal bertahan pada 4.43-4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, didorong oleh sentimen berhati-hati pelabur yang meningkatkan permintaan terhadap dolar sebagai aset selamat.
Inflasi 2025 Malaysia: Faktor, ramalan dan implikasi terhadap kos sara hidup
Inflasi Malaysia kekal pada 1.7 peratus bagi Januari 2025, dengan indeks harga pengguna (IHP) meningkat kepada 133.6, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Bagaimana prestasi inflasi seterusnya dan faktor yang mempengaruhinya? Untuk kupasan lanjut, bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Seorang maut selepas ribut landa Alabama, AS
Ribut tersebut turut menyebabkan kemusnahan besar di sebuah sekolah menengah di Alabama.

Orang ramai tumpu 'Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat'
Seawal 7.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur di kawasan berhampiran PPR Kerinchi, lokasi berlangsungnya program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai.