PARIT BUNTAR:Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil tindakan dengan memasang jerat bagi mengatasi masalah ancaman babi hutan kerana akan menyebabkan haiwan liar itu menjadi ganas.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata sesiapa yang mengesan kehadiran babi hutan di sesuatu kawasan perlu membuat aduan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
"Saya berharap orang ramai jangan memasang jerat tetapi hendaklah membuat laporan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut kerana khuatir terhadap keselamatan orang ramai sekiranya jerat yang dipasang itu menyebabkan kecederaan kepada babi hutan sehingga membuatkan haiwan itu bertindak ganas," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Beliau berkata pihaknya telah melakukan operasi menembak mati dan memasang perangkap bagi mengatasi masalah ancaman haiwan liar itu dan berdasarkan aduan diterima, 874 ekor babi hutan telah dilupuskan pada tahun lalu berbanding 521 pada tahun 2019.
Yusoff diminta mengulas berhubung kejadian seorang petani yang cedera diserang seekor babi hutan ketika sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Batu 10, Jalan Pantai, Tanjung Piandang pada Isnin lalu.
Beliau turut meminta orang ramai supaya menguruskan pembuangan sampah dan sisa makanan dengan baik termasuk membersihkan semak-samun dan hutan belukar bagi mengelakkan pembiakan haiwan liar itu.
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Ramli Putih, 49, mengalami kecederaan pada lengan dan bahu kanan akibat disondol oleh seekor babi hutan yang cedera dipercayai terkena perangkap berikutan terdapat tali yang terikat pada kakinya.
Mohd Ramli ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar Md Nayan Salleh semalam berkata beliau masih trauma dan tidak dapat melakukan kerja berat akibat kejadian itu.
BACA: Penunggang maut, motosikal terlanggar binatang di Jalan Ipoh - Kuala Lumpur
BACA: Penduduk resah babi hutan terus ceroboh tanah perkuburan
Menceritakan kejadian kira-kira 11 pagi itu, Mohd Ramli berkata babi hutan itu secara tiba-tiba datang dari arah sawah padi dan merempuh motosikal dinaikinya semasa dalam perjalanan ke rumah selepas membeli sekampit simen di Pekan Tanjung Piandang.
"Saya kemudian terjatuh bersama motosikal dan ketika cuba untuk bangun, babi hutan itu sekali lagi menyondol belakang badan saya dan menyebabkan saya terhempas kali kedua di atas jalan.
"Tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami, saya bangun dan memberanikan diri untuk menendang babi itu yang cuba menyerang saya lagi sehingga ia terjatuh ke dalam longkang sawah," katanya.
Katanya beliau kemudian pulang ke rumah yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian dan mengambil sebatang besi untuk memukul babi hutan itu sehingga mati kerana bimbang ia mencederakan orang lain di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021
![Orang ramai diminta tidak menjerat babi hutan elak ia bertindak ganas Orang ramai diminta tidak menjerat babi hutan elak ia bertindak ganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611758709_TBOINKOINK.jpg)
Berdasarkan aduan diterima, 874 ekor babi hutan telah dilupuskan pada tahun lalu berbanding 521 pada tahun 2019. - Gambar hiasan
![Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
![ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734158134_AmirHamzah.jpg)
ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN
Peserta serahan memorandum terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis susulan laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan.
![15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan 15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724319872_ManyHands.jpg)
15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan
Pihak berkuasa Myanmar selamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61675091609_TBREMPUHBABI.jpg)
Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.
![Warga emas parah disondol babi hutan Warga emas parah disondol babi hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657145810_WargaEmasDisondol.jpg)
Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![Wabak ASF: 91 babi hutan mati di Terengganu Wabak ASF: 91 babi hutan mati di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657105494_TBBABIHUTAN.jpg)
Wabak ASF: 91 babi hutan mati di Terengganu
Sebanyak 91 babi hutan di sekitar kawasan hutan Air Putih dekat Kemaman, disahkan mati akibat penyakit Demam Babi Afrika (ASF).
![Penduduk Kampung Kelongkong resah 'diserang' babi hutan Penduduk Kampung Kelongkong resah 'diserang' babi hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643066127_BabiHutan.jpg)
Penduduk Kampung Kelongkong resah 'diserang' babi hutan
Penduduk tidak pernah melihat kemunculan babi dengan jumlah yang banyak dan kerap sepanjang lebih 50 tahun tinggal di kampung itu.
![Wabak Demam Babi Afrika dikesan di Bidor, Sungkai, Jerantut Wabak Demam Babi Afrika dikesan di Bidor, Sungkai, Jerantut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639748875_khinzirCNY.jpg)
Wabak Demam Babi Afrika dikesan di Bidor, Sungkai, Jerantut
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengesahkan pengesanan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) pada babi hutan di Bidor dan Sungkai, di Perak, serta Jerantut di Pahang.
![Kecoh dibuatnya, babi sesat di Persiaran Gurney! Kecoh dibuatnya, babi sesat di Persiaran Gurney!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634281371_TBBABISESATjpg.jpg)
Kecoh dibuatnya, babi sesat di Persiaran Gurney!
Kehadiran seekor babi hutan sesat di kawasan Persiaran Gurney, Pulau Pinang mencemaskan orang ramai di sekitar kawasan itu pada Jumaat.
![Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633066875_TBSHAKIRAjpg.jpg)
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
![Rimas! Penduduk Rom tidak tahan lagi saban tahun diancam babi hutan Rimas! Penduduk Rom tidak tahan lagi saban tahun diancam babi hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632645755_babihutanrom.jpg)
Rimas! Penduduk Rom tidak tahan lagi saban tahun diancam babi hutan
Wilayah Lazio di Rom sahaja dianggarkan terdapat antara 5,000 hingga 6,000 ekor babi hutan di taman awam.
![Disangka babi hutan, pemburu maut ditembak Disangka babi hutan, pemburu maut ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630584724_ShotgunGeneric.jpg)
Disangka babi hutan, pemburu maut ditembak
Seorang lelaki maut apabila terkena tembakan yang dilepaskan rakan sendiri semasa aktiviti memburu di kawasan hutan Sungai Tanyit, Merit, dekat sini, semalam.
![Kemaluan dipotong, dicampak selepas dituduh cuba merogol anak buah Kemaluan dipotong, dicampak selepas dituduh cuba merogol anak buah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/41522319353_PisauKnife.jpg)
Kemaluan dipotong, dicampak selepas dituduh cuba merogol anak buah
Mengerikan! Seorang lelaki berdepan detik negeri apabila kemaluannya dipotong oleh dua lelaki kemudian diberi makan kepada beberapa ekor babi hutan.