GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk Orang Asli suku kaum Temiar dari Kampung Mendrod dan Kampung Jelgek B di Pos Brooke, membuat laporan polis pada Ahad lalu, kerana mendakwa berlaku pencerobohan tanah di kawasan tadahan air, berdekatan penempatan mereka.
Penduduk Kampung Mendrod Rama Ajom, 44, berkata mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, ekoran tidak berpuas hati apabila mendapati terdapat aktiviti pencerobohan di kawasan tersebut, yang dipercayai bagi tujuan penanaman pokok durian.
Beliau berkata sekiranya aktiviti ini berterusan berlaku ia akan menyebabkan sumber tadahan air bukit yang digunakan kira-kira 500 penduduk menjadi tercemar, akibat daripada aktiviti perladangan yang dipercayai dilakukan oleh syarikat swasta sejak awal Januari lalu.
"Sebelum ini, kita telah berunding dan membuat perbincangan dengan beberapa pihak termasuklah syarikat swasta yang terlibat, agar tidak melakukan aktiviti perladangan di kawasan sempadan dengan kampung kami.
"Malah, masalah ini telah dimaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), namun nampaknya ia seperti sia-sia sahaja, kerana dipercayai kerajaan negeri telah memberi kelulusan kepada syarikat terbabit untuk melakukan aktiviti perladangan," katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Baru, di sini hari ini.
Selain itu, wakil penduduk Kampung Jelgek B Ramli Ajom, 34, pula berkata, beliau sedih dan kecewa melihatkan semakin banyak tanah dibuka, yang akan memberi kesan ke atas kawasan tanah kubur adat dan kebun yang diusahakan penduduk.
Beliau berkata penempatan yang didiami mereka telah wujud lebih 60 tahun lalu, kini semakin terancam dengan aktiviti penerokaan tanah.
"Kami mewakili penduduk di dua buah kampung, berharap pihak berwajib seperti kerajaan negeri, Pejabat Tanah dan Jajahan, Jabatan Alam Sekitar dan JAKOA untuk bantu Orang Asli, di kawasan terlibat.
"Kita berharap jangan merosakkan sumber air Orang Asli apabila hendak buka kebun sayur. Teliti dahulu di mana kawasan sumber air kami sebelum membuat kerja perladangan," katanya.
Sementara itu, jurucakap JAKOA ketika dihubungi mengambil maklum berhubung laporan yang dibuat oleh penduduk dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di kawasan Orang Asli yang terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Penduduk Orang Asli Suku Kaum Temiar dari Kampung Jelgek B, Ramli Ajom, 34, (tiga, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang ketika ditemui pemberita di Bandar Baru, hari ini. - Foto BERNAMA
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital
Pesakit mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit dan muntah berlarutan selama enam hari.
Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.
Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal
50 keluarga masih enggan pulang ke rumah masing-masing khususnya yang terletak di kawasan lebih rendah.
Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.194 bilion tahun depan iaitu peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.
72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco
Sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 Kampung Orang Asli (KOA) telah diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak setakat ini.
Pahang bina pangsapuri bantu orang muda dan B40 miliki rumah
Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Orang Asli tiada geran tanah mahu jual kelapa sawit perlu rujuk kerajaan negeri
Masyarakat Orang Asli yang mahu menjual buah kelapa sawit tetapi tidak memiliki geran tanah dan lesen perlu merujuk kepada kerajaan negeri masing-masing.
Gombak-Hulu Langat Geopark bantu jayakan Tahun Melawat Selangor 2025 - Amirudin
Perisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor akan menjadi antara batu loncatan bagi mempromosikan tarikan pelancongan.