GUA MUSANG: Seorang lelaki Orang Asli Bateq dilaporkan hilang dikhuatiri akibat diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring di Kampung Aring 5, di sini, semalam.
Ketika kejadian mangsa Halim Asin, 27, sedang memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang yang berusia lapan tahun, kira-kira 11.30 pagi.
Bapa Alang, Kuang Camang, 31, berkata anaknya mendakwa ketika memancing mereka telah diserang harimau tersebut.
"Anak saya yang terkejut terus terjun ke dalam sungai dan berenang menyelamatkan diri sebelum menceritakan kejadian itu kepada kami yang berada kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
"Kami sempat meninjau di tempat kejadian tetapi tidak menemui adik ipar saya di kawasan itu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu, Kuang bersama tujuh orang lagi termasuk mangsa dalam perjalanan dari Kampung Cangkung, Jerantut, Pahang untuk pulang ke Kampung Aring 5 dengan berjalan kaki dan singgah berehat di sungai berkenaan.
"Sebelum Ramadan lalu kami ke Kampung Cangkung dan tinggal di sana selama sebulan. Kami mula berjalan kaki (bertolak) untuk pulang ke Kampung Aring 5 pada Sabtu lalu.
"Pada 11 pagi semalam, saya, isteri, empat orang anak, Halim dan bapanya telah sampai di Sungai Aring dan membuat khemah di pinggir sungai untuk bermalam kerana ingin menangkap ikan," katanya.
Bercerita lanjut Kuang berkata selepas kejadian itu meskipun berada di dalam ketakutan mereka bertolak ke Kampung Aring 5 pada 1.30 petang dan terus melaporkan insiden terbabit kepada penghulu dan penduduk sejurus tiba pada 5.30 petang di kampung tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan lelaki suku kaum Bateq itu pada 10 malam tadi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat oleh anggota keselamatan telah digerakkan bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Seorang lelaki Orang Asli Bateq dilaporkan hilang dikhuatiri akibat diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring di Kampung Aring 5, semalam. - Gambar hiasan/EPA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Orang Asli Suku Kaum Bateq dikhuatiri dibaham harimau ketika memancing
Seorang lelaki Orang Asli Bateq dilaporkan hilang dikhuatiri akibat diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring di Kampung Aring 5, semalam.